BAB 6

Drama Completed 428

Midad tersenyum ke arahku. Saat itu aku merasakan suatu perasaan yang sejuk tatkala terpandang wajahnya. Entah mengapa. Perasaanku telah bertukar. Hatiku hanya ada Midad . Ya, hanya lelaki itu yang memenuhi ruang garisahku kini. Dialah cinta sebenar yang cuba untuk ku tinggalkan pada suatu ketika. Aku mengukir segaris senyuman untuknya.

“Ashraf sungguh bertuah,” ujar seorang wanita pertengahan usia yang berdiri di sebelahku. “Tak sangka betul, mak cik. Sofea tu sempurna. Sangat sempurna,” tambah wanita itu lagi. Ya. Hatiku mengiakan.
“Yalah, Miah. Aku tumpang gembira,” sampuk seorang lagi wanita yang kurang lebih sebaya dengan wanita tadi. “Bertuah sesiapa yang dapat menantu macam Sofea tu.” Ya. Sekali lagi hatiku mengiakan kata-kata itu. Sofea. Itulah suri hati Ashraf . Yang kini sah menjadi ratu mahligai indah itu. Mahligai yang dimiliki Ashraf . Aku memandang ke arah dua mempelai yang berdiri berdampingan antara satu sama lain. Sepadan! Begitu aku terpegun. Ashraf tampak bahagia. Di sisi Sofea yang sungguh cantik jelita. Anggun sekali. Entah apa yang aku rasakan. Yang pasti, hatiku berasa amat gembira. Malah aku berdoa seikhlas mungkin untuk pasangan bahagia itu.

Terasa bahuku disentuh. Tersentak lamunanku. Meena melingkari tangannya di lenganku. Meletakkan dagunya di bahuku. Rupa-rupanya aku di majlis yang lain. Bukan majlis Ashraf .
“Kau fikir apa?” Soal Meena . Aku sekadar menggeleng lembut. “Ceria sikit.” Pipiku dicuit Meena . Sebentar kemudian Midad menghampiri kami. Langkahnya yang perlahan menambahkan debar di hatiku yang mula mengganas. Aku mengerling wajahnya sekilas. Lalu pandangan itu ku larikan ke tempat lain. Sesak nafasku cuba ku tahan.
“Tahniah,” ucap Meena sambil menghulurkan tangan kepada Midad . Aku mengangkat muka memandang Midad . Salam Meena disambut Midad . Matanya tertancap padaku pula. Ah, usah renung aku begitu! Aku amat takut akan rasa ini. Dengan rasa dalam getar, aku menghulurkan tanganku kepadanya.
“Tahniah,” ucapku pendek. Midad menyambut jabat tanganku. “Semoga awak bahagia dengan penyatuan ini.” Dia tersenyum. Janganlah… berat hatiku untuk menerimanya nanti. Senyumanmu terlalu berharga buatku! Aku menarik kembali tanganku. Namun berat kerana direntap lembut tangan Midad .
“Terima kasih. Saya juga doakan awak bahagia dengan pilihan awak. Sungguh, amat bertuah sesiapa yang memiliki suri hidup seperti awak. Barangkali, saya bukan insan bertuah itu.” Ringkas luahannya. Namun amat menyentuh jiwaku yang tinggal kosong kini. “Natasha , hargailah cinta sejati itu. Jangan kecewakan hatinya, dan hati awak.” Midad melepaskan dengan perlahan genggaman tangannya. Aku berusaha mengukir sebuah senyuman yang ikhlas. Agar duka itu tidak dikesan hati suci lelaki bernama Midad yang berdiri di hadapanku ini. Air jernih yang melonjak-lonjak hendak merembes keluar melalui kelopak mata, ku tahan sebaik mungkin. Midad berlalu. Sesusuk tubuh lelaki itu ku lepaskan dengan rela dalam terpaksa. Redhalah hati. Jangan bersedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience