Bab 1

Romance Completed 97428

KOTAK berwarna merah hati berbentuk hati di atas meja di pandang sepi. Dhuha memandang lelaki masih berada dihadapannya. Lelaki itu segak berpakaian pejabat, sekali pandang lelaki itu seperti mengharap sesuatu.Tangan kanan Dhuha mencapai kotak tersebut. Lantas kotak kecil itu dibuka.

Sebentuk cincin bertahtakan berlian berada dalam kotak tersebut. Sememangnya cantik. Dia kembali menutup kotak cincin itu di tutup kembali. Lalu kotak itu ditolak perlahan ke arah pemilik asal cincin tersebut. Riak jauh laki itu sedikit berubah.

“Tak cukup cantik ke cincin tu,” Lelaki dihadapan Dhuha mula bersuara.

Sepi.

Dhuha tidak menyangka pertemuannya dengan sepupunya, ingin menyampaikan hajat lelaki itu memperisterikan dirinya. Perkara paling tidak disangka olehnya. Hampir luruhnya jantungnya apabila sepupunya, Johari melamarnya sebentar tadi.

Dhuha menarik nafas dalam. “Bukan macam tu abang. Dhuha masih belum bersedia untuk pikul tanggungjawab tu lagi. Abang carilah perempuan lebih sesuai dengan abang,”

“Tapi sampai bila Dhuha nak hidup macam ni. Abang tak kesah sapa diri Dhuha. Abang sanggup terima apa sahaja, asalkan Dhuha boleh terima abang sebagai seorang suami yang sah di sisi Dhuha,”

Kata-kata Johari membuatkan Dhuha mengeluh kecil. Setelah sekian lama dia menunggu Dhuha menyambut salam cinta dan kasih sayangnya sejak dia pulang ke Malaysia tiga tahun lepas. Pertemuan di kenduri kesyukuran menjadi perkenalan mereka berdua.

“Dhuha minta maaf, Dhuha tak pernah pun anggap abang lebih daripada seorang sepupu. Dhuha anggap abang, macam abang Dhuha. Abang selalu jadi pendengar setia bila Dhuha ada masalah. Abang selalu jadi penguat semangat bila Dhuha tengah sedih. Tapi untuk menerima abang sebagai seorang suami masih belum terlintas di fikiran. Dhuha lebih selesa hidup begini,”

Johari menyandar lemah di kerusi itu. Sesekali dia memandang pengunjung di restoren itu. Pengunjung makin berkurang apabila waktu rehat hampir berpenghujung.

“Bagilah peluang untuk abang sekali ni saja. Abang janji, abang akan jaga Dhuha sebaik mungkin,” separuh merayu Johari dengan meraih jari jemari Dhuha.

Dhuha menarik jari jemarinya perlahan-lahan. “Abang, Dhuha minta maaf. Hanya satu nama saja tersemat dalam hati Dhuha. Dhuha masih sayangkan dia. Dhuha minta diri dulu. Assalamualaikum,”

Bingkas Dhuha bangun daripada kerusi kayu itu. Hatinya mula memberontak apabila Johari masih tidak mengerti keadaannya untuk ketika itu. Dia tidak semudahnya menerima pengganti kepada sang pencinta. Dia benar-benar tidak sanggup. Johari masih di meja makan itu, dipandang kotak cincin bersalut baldu di tarik ke dalam genggamannya. Keluh berat lahir daripada bibirnya. Melurut rambutnya dengan kasar.

‘Keras betul hati kau, Dhuha. Benarkah tiada langsung ruang di hati Dhuha untuk abang,’

KESESAKAN lalu lintas menyebabkan Dhuha terkandas dalam kesesakan. Dia mengetuk-getuk stereng sambil mengikut rentak alunan lagu di corong radio. Pemilik kedai kek hanya melayan perasaan. Lebih setahun dia memulakan perniagaan perusahaan iaitu kedai keknya. Hampir tiga minggu, lamaran itu daripada Johari berlalu.

Sekonyong-konyong terasa kereta dipandunya di langgar oleh sebuah kereta daripada arah belakang. Dhuha merengus kasar. Sapa pulak berani cium ‘katak’ aku ni. Bentak dihati Dhuha. Dhuha meluru keluar daripada perut kereta ‘katak’ kesayangannya, iaitu Myvi SE.

“Ya Allah, katak aku!” kata Dhuha setelah melihat bumper kereta itu sudah kemek. Lampu isyarat yang tadi merah, kini sudah bertukar warna menjadi hijau. Keadaan lalu lintas bertambah sesak apabila dua buah kereta berhenti di tengah jalan raya itu. Dhuha sudah panas hati.

“Encik ni tak pandai bawa kereta ke apa!” jerit Dhuha di tengah-tengah jalan raya itu. Kelihatan pemilik Mercedes Benz berwarna silver itu keluar daripada kenderaannya. Lelaki itu yang memakai kaca mata hitam, ditanggalkan serta merta. Dhuha mengalih pandangannya ke arah lelaki itu. Ketara wajahnya Dhuha berubah.

‘Tak mungkin…’

“AKU ceraikan kau dengan talak satu, Nur Dhuha,” tenang nada lelaki itu mengucap. Dhuha benar-benar terkesima, terkejut mendengar kata-kata daripada suaminya. Dadanya mula berombak laju. Ucapan itu bersaksikan seluruh ahli keluarga Dato’ Norman .

Kesemua yang berada di meja makan itu hanya terkejut belum lagi reda. Dhuha ingin menahan air manik jernih tu tumpuh ke pipi, langsung tidak berdaya. Lencun air mata itu membasahi pipi. Pantas Dhuha bangun daripada kerusi kayu itu. Ke arah Naufal yang berada duduk kerusi roda. Lututnya terlalu lemah, sehingga dia terduduk di lantai.

“Apa abang merepek ni, abang dah tak sayang Dhuha ke?” soal Dhuha dalam sebak. Datin Nadiah meluru ke arah menantunya. Datin Nadiah turut sedih dengan kelakuan anak lelakinya. Mukanya di sembam ke bahu mak mentuanya. Tangisannya makin menjadi-jadi.

“Kau dah kenapa, Naufal. Kau tak sayang ke dekat bini kau ni,” ucap Datin Nadiah sambil memeluk tubuh kecik milik Dhuh supaya diminta bertenang. Tiga tahun mendirikan rumah tangga pada usia muda. Bukan atas pilihan keluarga malah pilihan hati masing-masing.

“Sebab Naufal sayang dia, Naufal lepaskan dia,” balas lelaki tu dengan senada. “Pak Din, tolong hantar saya ke bilik,” arah Naufal disamping tidak mempedulikan Dhuha di situ. Terkulat-kulat Pak Din menolak kerusi roda itu. Pak Din yang berkhidmat sebagai pemandu peribadi keluar Dato’ Yusri.

Dhuha masih terleku di lantai. Tersendan sedunya, tidak sangka usianya baru memasuki 23 tahun sudah bergelar janda pada usia mentah itu. Perkahwinan atas dasar suka sama suka berakhir peceraian.

“Mummy kenapa abang buat Dhuha macam ni. Apa salah Dhuha dekat dia,” adu Dhuha yang masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Datin Nadiah sangat menyanyangi menantunya itu. Pantas di seka air mata Dhuha.

“Sabar ye, Dhuha. Nanti mummy pujuk Naufal,” pujuk demi pujuk diluahkan kepada Dhuha. Dhuha masih menanggis di sisi Datin Nadiah. Tidak disangka, makan malam itu telah bertukar menjadi suatu suasana suram. Ardini binggung ketika Naufal iaitu adiknya melafaz cerai kepada Dhuha. Setahunya, Dhuha jarang buat masalah dalam keluarga ini. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

Hampir beberapa bulan perkara itu berlalu. Masih jelas suara Naufal melafazkan talak pada sewaktu makan malam. Mukanya di renung ke cermin solek. Surum. Tak bermaya. Mana tidaknya saban malam pasti dia menanggis kerinduan kepada Naufal. Lelaki pertama yang membuka hatinya dan mengenali arti sebuah cinta yang sebenar. Apa salah aku? Kenapa Naufal buat Dhuha macam ni?

“Dhuha sayang abang tak,” soal lelaki itu. Dhuha hanya mengukir senyuman. Sengaja soalan itu dibiar seraya itu Dhuha mengucup pipi suami tercintanya. Begitulah rutin hariannya Dhuha setelah suaminya mengalami kemalangan jalan raya ketika hendak pulang ke rumah setahun lalu. Kemalangan itu telah melumpuhkan kedua-dua belah kakinya malah meragut kebahagian dan kegembiraan keluarga Dhuha.

Dhuha terpaksa menanggung pelajarannya buat masa ini. Dia memberikan sepenuh tumpuan kepada Naufal. Sejak kemalangan itu, Naufal selalu beremosi. Perasaannya selalu tidak tenteram. Dhuha hanya diam dan bertahan dengan kerenah Naufal yang sering memberontak.

“Nur Dhuha sayang Mohd Naufal sampai hujung nyawa Nur Dhuha,” tulus ucapan dari wanita bergelar isteri sambil senyum dan merenung wajah suaminya. Setiap hari, Dhuha menguruskan Naufal tanpa mengeluh. Diuruskan suaminya dengan penuh ikhlasan dan kasih sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience