Bab 5

Romance Completed 97428

TERKEBIL-KEBIL Naufal memandang Kirana memakai gaun berwarna ungu gelap hasil sentuhan daripada Mix&Match Collection. Kirana tersenyum girang apabila gaun itu muat dengan potongan badannya.

“Wow, you look gorgeous, Kirana,” puji pemilik butik tersebut. Kembang semangkuk mendapat pujian daripada lelaki bernama Max itu.

“Thanks Max. I love this dress. Tapi kan, I rasa longgar sikit lah,” komen Kirana seraya memandang Naufal yang tekun menghadap PDA miliknya. Kirana muncung mulut.

Kirana mendekati lelaki itu. Naufal mendongakkan kepalanya, memandang seraut wajah putih gadis itu.

“You ni kan. Asyik busy dengan PDA you aje. Bosanlah I kalau macam tu,” rungut Kirana.

“Apa pulak yang you bosannya. Sepatutnya I yang bosan tahu tak. Tunggu you cuba-cuba dress itu ini,” Naufal meletakkan PDA itu di atas sofa tersebut.

“You, tak nak try ke,” tanya Kirana.

Naufal menjungkit kening. “Boleh juga,”

NAFASNYA turun naik. Sedaya upaya dia meminta dirinya bertenang. Dia cuba untuk menarik nafas panjang. Peristiwa tempoh hari menyinggah ke mindanya. Dhuha terserempak dengan Naufal bersama seorang gadis agak terkenal dalam pemodelan.

Kelihatan mereka seperti pasangan dilamun percintaan. Tak sangka untuk menyaksikan dua orang insan tersebut. Tambahan pulak, Dhuha menampak mereka kelihatan memasuki sebuah butik iaitu Mix&Match Collection. Salah satu butik pengantin agak terkenal.

‘Kenapa kau tipu aku, Naufal. Kau kata masih sayang dekat aku lagi. Sedangkan kau dah ada insan baru. Tak perlulah buat aku macam ni,’ rintih dihatinya.

Tatkala itu, rumah teras tersebut, dia hanya keseorangan. Sudah pun masuk hari kedua, Suri masih out-station. Dia tak sanggup hidup terus begini. Air mata mula berkolam di kelopak matanya. Pantas dikesat lagi.

“Tak guna pun membazir air mata untuk lelaki itu,” kata Dhuha sendirian. Dhuha mencapai remote controller di atas sofa tersebut. Punat ditekan-tekannya tanpa henti. Akhirnya, dia terlekat pada satu siaran hiburan. Dhuha diam khusyuk memandang kaca televisyen.

“Ada desas desus mengatakan, Lara Kirana seorang model terkenal bakal menamatkan zaman solo bersama seorang anak Datuk Norman,”

“Adakah bakal suami Cik Kirana, akan menyokong cik dalam bidang modeling ni,” soalan pertama tidak lagi berjaya dijawab. Ditambah pula dengan soalan kedua oleh wartawan lain.

“Kalau benar tentang perkahwinan itu. Saya akan buat satu announcement. Jangan risau, saya takkan kahwin senyap-senyap. Untuk soalan kedua tu, my future husband tu sangat faham dengan karier saya. Dia amat menyokong saya daripada belakang,”

Dhuha memejamkan mata sambil menekan punat merah pada remote contorller. Tidak sanggup untuk menonton siaran tersebut. Dhuha mengetap bibirnya. Tanpa dikawal, bantal kecil itu dicampak ke arah televisyen yang tidak bersalah itu. Hatinya benar-benar remuk tatkala mendengar pengakuaan daripada model tersebut.

Air mata itu menepis ke pipi tanpa di tahan. Sakit hatinya kembali bernanah. Malam itu, tidurnya di temani oleh air matanya.

HULURAN cawan kaca disambutnya dengan tertib daripada Suri. Suri mengambil tempat di sebelah Dhuha. Mata Dhuha tertumpu pada Berita Utama di TV3. Suri meletakkan cawan dipegang di atas meja bertentang dengannya.

Suri mengambil beg plastik berisikan contoh-contoh kad undangan perkahwinan. Dhuha menjeling perbuatan Suri. Suri memaling ke arah Dhuha.

“Mana lagi cantik,” Suri bertanya seraya menayangkan kad undang perkahwinan pelbagai warna dan corak yang menarik. Hampir lima jenis kad ditangan Suri, di pandang sepi oleh Dhuha.

“Laa.. kenapa tanya aku pulak. Kau yang nak kahwin kan. Bukan aku,”

“Aku saja nak minta pendapat kau. Itu pun tak boleh ke,” jauh hati bunyinya.

Dhuha berasa serba salah memandangkan Suri sudah mula memasamkan mukanya.

“Okay. Tak naklah merajuk macam tu. Aku bukannya Malik. Nak pujuk-pujuk bagai. Aku pilih yang ni,” Dhuha menarik salah satu contoh kad undangan berwarna hitam putih tersebut. Kad undangan tersebut nampak classic.

Suri kembali mengukirkan senyumannya. “Aku pun pilih yang tu jugak, tapi kan Malik pilih warna ungu ni,” Suri menunjukkan contoh kad undang berwarna ungu dimaksudkan oleh Suri tadi.

Dhuha angguk kecil. “Ni kes tak sependapatlah kan,” Dhuha memandang Suri. Dia hanya diam. “Apa salahnya, sebelah kau ambillah kad hitam putih ni. Untuk sebelah Malik pulak, ambillah warna ungu tu. Tak salah pun kan,”

“Tapi, nanti mesti dia kira harga lain-lain. Yelah, maksud aku penggunaan warna untuk kad ni,” usul Suri.

“Betul juga kan. Dahlah pandai-pandailah korang pilih sendiri,” Dhuha kembali menghadap televisyen. Suri menyimpan kembali kad- kad tersebut ke tempatnya semula.

“Kau ada dengar tak pasal model terkenal tu. Apa nama dia Lara..”

Dhuha memotong. “Lara Kirana,”

“Kau tahu, aku ingat kau tak kenal model tu. Yelah bab artis-artis ni kau tak masuk campur,”

Sememang Dhuha jarang ambil tahu tentang dunia hiburan. Sekadar dengar-dengar sebegitu saja. Kalau nak tahu pasal cerita-cerita artis, pergi sahaja dekat Scha pasti segala cerita kita tak tahu, dia tahu dulu. Salah seorang pekerja di kedainya.

“Yelah, kenapa dengan model tu,” Dhuha basa basi.

“Dia pun akan dah nak kahwin tak lama lagi. Kau tak rasa dia tu muda lagi ke,”

“Biarlah. Jodoh dah sampai kut,”

Suri memandang Dhuha hampir juling biji matanya.

“Apasal muka kau ketat sangat ni. Kau jealous ye,”

Cepat-cepat Dhuha buat-buat berlagak seperti biasa.

“Tak kuasa aku nak jealous,” nafi Dhuha.

“Tak silap aku kan. Kirana tu nak kahwin dengan anak Datuk Norman, Naufal. Kalau tak silap aku lah,”

Tersembur air di hirup oleh Dhuha, sebaik sahaja Suri menyebut nama bekas suaminya. Pantas Suri menggosok-gosok belakang tubuh Dhuha.

“Tulah, lain kali baca bismillah dulu sebelum minum. Ni minum aje, mana tak tersedak. Kau ni lah,” Suri mula berleter. “Ke kau tersedak sebab aku sebut nama bakal suami Si Kirana tu,”

Kata-kata Suri menjerat Dhuha saat itu. Apa masih awal lagi, aku memberitahu hubungan aku dan Naufal sebelum ni? Apa rahsia kan sahaja, sampai bila-bila? Dhuha diburu dengan pelbagai soalan.

“Aku ada perkara nak bagitahu dengan kau,”

Suri menoleh ke arah Dhuha. Tiada secalit senyuman di wajahnya. Matanya kelihatan agak sembam sedikit.

“Apa dia..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience