Bab 3

Romance Completed 97428

“TERIMA KASIH, NUR,”

Ucap Dhuha kepada Nur yang menghantar dua gelas jus epal kepada majikannya dan tetamu yang berkunjung ke kedai tersebut. Nur mengukir senyuman apabila mendengar ucapan tersebut sebelum mengalihkan gelas tinggi tu ke meja kecil dan dua piring kecil berisikan sepotong kek berperisa coklat dan pandan.

Nur berlalu dan kembali melakukan tugasnya seperti biasa. Dhuha sememangnya rasa malu dan bertambah malu apabila Naufal memandang terus-menerus tanpa berhenti.

“Dah berapa tahun kedai ni buka,” Naufal memulakan perbualan.

“Lebih kurang satu setengah tahun jugalah,”

Naufal menyuapkan kek tersebut ke dalam mulutnya. Dhuha tersenyum. Melihat lelaki tak ubah seperti dulu. Makin kemas dan tegap.

“Sedap,” puji Naufal. “Sebelum ni, awak kerja apa. Means, sebelum ada kedai ni,”

“Buat kek lah. Buat secara kecil-kecilan. Throught internet, tak sangka dapat sambutan. Alhamdulilah, ni hasil berkat dan kata-kata semangat daripada arwah mama. Kalau mama tak ada, entahlah. Mungkin hidup saya masih terkontang-kanting,”

Naufal tersentak seketika apabila Dhuha menyebut arwah mama. Nafasnya bagai terhenti untuk beberapa saat. Dhuha menampakkan perubahan pada wajah lelaki itu.

“Arwah mama..” separuh ayat itu terluah di mulut Naufal. Dhuha mengangguk tanda mengiyakan.

“Dah dua tahun mama pergi. Sedih hati Dhuha, bila pergi tinggalkan untuk selama-lamanya. Dua orang insan yang bergelar ibu kepada Dhuha. Pergi menghadap Illahi. Apa-apa pun, Dhuha terkilan sangat sebab mama tak dapat tengok kedai ni,”

“Innalillah..” ucap Naufal sambil memejamkan matanya. “Habis sekarang awak tinggal dengan sapa. Kenapa tak bagitahu saya langsung pasal ni,”

Dhuha dipagut rasa bersalah dalam hatinya. Bukan tak nak bagitahu, malah dia sendiri pun tidak tahu dimana Naufal tinggal. Sejak mereka berdua bercerai, Dhuha bangun kembali untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Dia terpaksa menukar nombor telefon yang baru.

“Saya tinggal dengan kawan saya. Awak tak perlulah risau tentang keadaan saya. Saya okay,” ujar Dhuha dengan tenang. Panggilan mereka berdua sudah bertukar ‘awak’ dan ‘saya’. Bukan lagi seperti mula-mula berjumpa dengan lelaki itu. Cukuplah setakat panggilan biasa. Tidak seperti yang dipinta oleh Naufal iaitu panggilan ‘abang’ dan seangkatan dengan nya.

“Awak tak tinggal dengan Irham ke,” soal Naufal sebelum menghirupkan air jus epal tersebut.

Dhuha menggeleng. “Tak, segan nak tinggal dengan dia. Lagipun dia ada punya wife dengan anak-anak dia,”

Diam seketika.

“Awak masih sayangkan saya lagi,” soal Naufal tanpa rasa segan. Kalau diberi peluang sekali lagi. Pasti dia akan jaga Dhuha sebaik mungkin.

Dulu, ego selalu menguasai diri ini. Selepas beberapa hari menceraikan Dhuha, Dhuha selalu muncul dalam mimpi-mimpinya. Hari-hari mummynya pasti akan berleter tentang penceraian tersebut. Tambahan pulak, Dhuha seorang menantu yang baik hati. Tapi sekarang, gadis itu sudah jauh beza daripada lima tahun lepas.

Dhuha tersentak soalan diluahkan daripada lelaki itu. Dia hanya diam, dadanya dihambat rasa sebak dalam hatinya. Mahu sahaja, dia mengaku bahawa sesungguhnya dia masih mencintai lelaki itu. Tapi ego dan kenangan lalu membuatkan Dhuha rasa kecewa dihatinya. Masih segar diingatan saat lafaz cerai dilakukan oleh lelaki yang pernah bergelar suaminya ketika dahulu. Melafaz cerai semudah menyebut ABC.

Dalam tempoh lima tahun, pelbagai perasaan ditempuhinya. Cemburu, sakit hati, disindir-sindir oleh sedara mara dan bercampur baur lagi dengan perasaan lain. Cemburu tatkala melihat Abang Irham yang sedang berinjak bahagia dengan isteri tercinta serta anak-anaknya.

Hatinya tercarik-carik melihat pasangan lain yang sudah berkahwin. Bahagia di samping orang disayanginya. Tapi aku.. masih tidak pasti siapakah akan sampai jodoh dirinya.

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah,” Puan Faridah berkata.

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala tu?”

“Eh, mama bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi,”

“Hikmah untuk kita?” Dhuha masih kebinggungan akibat kepalanya mulai pening disebabkan oleh terlalu banyak menangisi perkara telah berlaku.

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah,”

Teringat perbualan kecil antara Dhuha dan Puan Faridah suatu masa dahulu. Dhuha mengacau-gacau jus epal dengan menggunakan straw digelas tersebut.

“Saya tak paksa awak bagi jawapan sekarang ni. Saya bagi awak ruang untuk jawapan soalan tu. Apa-apa pun, saya masih sayangkan awak. Cinta saya tak pernah berubah, cuma keadaan yang memaksa saya berbuat begitu. Saya minta diri dulu,”

Naufal sudah bergerak keluar daripada kedai tersebut. Dhuha masih lagi terpinga-pinga di meja kecil itu. Keadaan di kedai itu sedikit berkurangan berbanding sebelumnya. Dhuha mengeluh kecil. Semoga pemilik tulang rusuk kiri, akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

NAUFAL menanggalkan kasut kulitnya di hadapan pintu. Dari luar Naufal melihat mummynya sedang menonton televisyen. Kebiasaanya, Naufal akan menghabiskan masa hujung minggunya dengan keluarga tercintanya. Langkah kaki mendekati Datin Nadiah dan menyalam wanita tersebut.

“Tak pernah sampai rumah mummy petang-petang macam ni. Selagi tak malam, selagi tu tak nampak batang hidung,” ujar Datin Nadiah mengalih pandangan kepada Naufal.

“Alah mummy ni, Naufal sampai awal pun mummy bising. Kang Naufal tak balik langsung, menangis pulak mummy tu,” sakat Naufal sudah tersenyum-senyum.

“Kau jangan bagi mummy heart attack okay,” tegas Datin Nadiah.

Naufal hanya diam mendengar kata-kata mummynya.

“Irah! Tolong buat air dekat Naufal. Dia dah sampai,” laung Datin Nadiah daripada arah ruang tamu. Terangguk-angguk Irah selaku sebagai pembantu rumah mewah tersebut.

Naufal memejam matanya seketika. Mindanya dipenuhi dengan bayang-bayang bekas isterinya. Rindu senyuman menawan, gelak tawa, merajuk dan telatah bersahaja milik Nur Dhuha.

“Anak mummy seorang, dah kena sampuk dengan sapa. Asyik tersenyum aje,” teguran Datin Nadiah, menyedarkan Naufal kembali ke alam nyata. Irah membawa segelas air jus oren diletakkan di atas meja sebelum meninggalkan majikannya itu.

“Tak ada apa-apa lah mummy,” Naufal mencapai gelas kaca itu. Lalu diteguknya perlahan. “Mummy teka sapa Naufal jumpa semalam,”

Datin Nadiah memandang tepat ke arah wajah Naufal, seiras seperti suaminya, Datuk Norman.

“Karina?” Datin Nadiah cuba berteka teki dengan Naufal.

Naufal mencebik sambil menggeleng kepalanya. Karina, seorang model terkenal. Teringat pada gadis yang memiliki lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya. Itulah aset kecantikkan terletak kepada Karina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience