Bab 8

Romance Completed 97428

‘Karina tak nikah dengan Naufal,’ desis dihati Dhuha. Kotak minda seolah-olah tidak dapat berfungsi.

“I dengan Naufal, kitaorang tak bernikah pun. You jangan salah faham pula. Ye, I mengaku I pernah jatuh hati masih kitaorang mula-mula kenal dulu. But, bila I tahu dia dah bercerai dengan wife dia atas sebab dia lumpuh dan dia sendiri tak nak, you korbankan masa hidup you, cuma tertumpu kepada dia seorang saja sebab tu dia lepaskan you. I masih ingat lagi, dia cakap. You masih muda lagi, macam-macam boleh you buat selain jaga dia yang lumpuh tu,”

Di saat itu, air mata Dhuha sudah bertakung di juring matanya. Naufal masih menyintaiku sampai ke hari ini. Dhuha masih membisukan diri. Nasi berlauk dipandang sekali lalu. Seleranya sudah mati.

“Percayalah cakap I, dia masih sayangkan you…”

Dhuha mendengus. “Habis you kahwin dengan sapa, kalau bukan dengan Naufal,”

“Dengan sepupu Naufal, Ady. I happy kahwin dengan dia. Dia faham karier I. Dia sayang I sangat-sangat. Tak pernah sekali pun, I menyesal bernikah dengan dia,” Karina memberikan senyuman.

Ady seorang arkitek berjaya. Tak sangka, Karina akan bernikah dengan lelaki itu. Ady, wajahnya dan Naufal hampir seiras. Tapi bukanlah kembar. Dhuha menahan getaran perasaannya. Pandangan terarah Naufal masih berbual melalui telefon bimbitnya.

“I harap you, baliklah ke pangkuan dia. Dia masih menantikan you sampai sekarang,”

“DHUHA.. aku masih sayang dan cinta kau lagi. Kalau sudi, kita memulakan semula semuanya daripada awal,” kata Naufal.

“Naufal.. aku..”

Tergagap-gagap Dhuha ketika itu. Kata-kata Dhuha terhenti apabila Naufal terus berdiri.

“Naufal!” jerit Dhuha.

Beberapa pasang mata memandang ke arah Dhuha. Suri dan Malik juga nampak terkejut apabila suara Dhuha bergema di restoran tu.

“Naufal!” sekali lagi Dhuha melaung.

“Naufal! Aku sayang kau!”

Kata Dhuha tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang memerhati. Sewaktu itu, dari jauh kelihatan Naufal sudah tersenyum simpul. Sesungguhnya, Dhuha berasa malu apabila bertindak melakukan begitu, tapi kerana ego dia menjadi begitu.

“HEI, asyik termenung aje,” Dhuha tersentak teguran itu. Naufal mengukiran senyum dan Dhuha membalas senyuman itu. Jari-jemarinya terasa digenggam erat bagaikan tidak mahu dilepaskan.

Dhuha merenung lama wajah suaminya di sisi. Dia nampak kemas biarpun hanya berpakaian T-shirt hitam bercorak bersama kain pelekat. Sudah seminggu mereka berdua bergelar suami isteri dan mereka berasa amat bahagia dengan apa mereka telah di lalui oleh mereka.

“Abang bahagia sangat, Dhuha sudah kembali ke sisi abang. Abang janji, abang tak akan sia-siakan Dhuha lagi,” Dhuha memaut pinggang suaminya. Dhuha tersenyum mendengar ucapan daripada Naufal.

Kenangan lama antara kami berdua sudah lama berkubur, maka bermulalah episod baru antara Naufal dan Dhuha. Satu ciuman singgah didahinya. Lama kami diam sebelum Naufal kembali bersuara. “Kita tak pernah pun bincang pasal anak lepas kita kahwin,” Naufal senyum nakal. “Kalau boleh, abang nak anak ramai. Cukup satu team bola jadi lah,”

Dhuha pantas mencubit lengan Si suami.

“Aduh.. sejak bila sayang abang ni pandai jadi ketam,”

“Sapa suruh usik Dhuha macam tu,”

“Betul apa abang cakap tadi, kita dah miss beberapa tahun tahu tak. Harap-harap, tahun ni boleh double,” Naufal tergelak nakal. Dhuha menampar lembut bahu Naufal.

“Abang! Abang tak pernah pun cerita pasal Kirana dengan Ady,” Kotak fikiran Dhuha terlintas Kirana dan Ady, mereka pasangan secocok. Tersenyum bahagia tatkala mereka hidup bahagia.

Naufal memandang wajah isterinya. “Oh pasal tu ke, diaorang dah lama lah kenal. Tak sangka pulak, Si Ady tu suka dengan Kirana. Ady sendiri datang jumpa abang dekat rumah. Cakap dia sukakan Kirana lebih seorang kawan. Mula-mula abang tak yakinlah jugak, dia sendiri melamar Kirana depan abang. Kirana tu pun suka juga dekat Ady tu. Tak sangka kan, jadi macam tu,”

“Habis tu macam mana dengan kad undangan dah hantar,” soal Dhuha lagi.

Naufal tersengih. “Dhuha, orang pertama dapat dapat kad tu. Sebelum cetak kad undangan yang baru,”

“Abang kejam!” Dhuha menghentak kaki sambil memasam mukanya. Naufal tergelak melihat isterinya.

Dhuha meninggalkan Naufal di bolkani dan masuk mereka semula. Makin dilayan, makin mengada. Naufal mengejar langkah isterinya dan terus cempung tubuh Dhuha. Dhuha terjerit kecil, dia berusaha untuk melepaskan dirinya.

“I love you,” lafaz Naufal di cuping telinga Dhuha.

Dhuha tersenyum bahagia.

“I love you too,” balas Dhuha.

Kini, kebahagiaan itu sudah menjadi milik mereka berdua. Semoga Naufal dan Dhuha bersatu sehingga ke akhir hayat.

#TAMAT#

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience