Bab 4

Romance Completed 97428

Nama gadis itu cukup sinonim dalam dunia pemodelan. Kriteria yang ada pada gadis itu, cukup membuatkan ramai kaum Adam terjerat dengan rupa paras. Sejujurnya, gadis itu telah menambat hatinya seawal usia perkenalan mereka.

“Nur Dhuha,” sepatah disebut oleh Naufal.

Riak wajah Datin Nadiah agak berubah dan dia kembali mengukir senyuman.

“Macam mana Naufal boleh jumpa dia. Mummy rindu sangat dekat dia,”

“Naufal terlanggar kereta dia,” ucap Naufal dengan selamba.

Terbuntang mata Datin Nadiah mendengar. “Astaga.. apa kau buat ni Naufal. Sekarang dia macam, sihat ke tidak. Kamu ni, jalan raya tu bukan tempat nak berlumbalah. Mummy selalu pesan, jangan pandu kereta tu laju-laju. Masih tak serik-serik lagi,”

Nada kerisauan jelas terpancar disanubari wanita tersebut. Naufal tersenyum-senyum melihat mummynya sudah cacing kepanasan.

“Dia okaylah mummy. Cuma kereta dia kemek sikit. Sebenarnya dah lama jadi, tapi tak ada kesempatan nak bagitahu mummy tu aje,”

“Syukur alhamdulilah.. risau mummy tahu tak. Nasib tak apa-apa, kalau jadi apa- dekat dia menyesal kamu seumur hidup,”

“Mummy, tak teringin ke nak jumpa dia,” tanya Naufal.

Datin Nadiah mengalih pandangnya ke arah Naufal. “Boleh juga, lama mummy tak jumpa dia. Suami dia tak marah ke,”

“Dia bujang lagi. Tak kahwin dengan sapa-sapa pun,” jawab Naufal acuh tak acuh.

“Mummy ingat dia dah kahwin, ke Dhuha masih tunggu kamu, Naufal,” duga Datin Nadiah.

“Entahlah mummy. Dia dah banyak berubahlah sekarang ni. Tak macam dulu lagi dah. Dulu, lemah lembut, dengar cakap. Sekarang Naufal tengok dia dah macam keras hati aje. Risau tak boleh tackle dia balik,”

Naufal sedikit mengeluh.

“Naufal, masih sayang dekat dia lagi ek,”

Naufal sekadar mengangguk tanda mengiyakan sahaja.

“Habis, Karina tu kamu nak campak mana,” Datin Nadiah tiba-tiba mengajukan pertanyaan sebegitu.

Naufal merengus. “Mummy… Karina dengan Naufal tak ada apa-apa pun. Kitaorang cuma kawan okay mummy,”

“Alah.. mummy tak percayalah. Ke sana ke sini, melekat aje berdua. Tak ada apa-apa lagi,”

Datin Nadiah bangun daripada duduk.

“Mummy tak kesah pun sapa bakal menantu mummy. Dhuha mahu pun Karina. Mummy okay aje,”

Naufal membisu. Dia tersengih nakal. “Kalau macam tu, Naufal kahwin dua ajelah,”

Naufal tergelak nakal. Bantal kecil di kerusi itu, dicampak mengenai anak lelakinya itu.

“Ada hati nak kahwin sampai dua. Dulu sorang pun tak mampu nak urus, ni pulak dua orang. Anak mummy jangan nak buat haru okay!”

Gelak tawa Naufal terhenti apabila Datin Nadiah sudah mengeluarkan kuasa vetonya.

“Alah mummy ni.. Naufal gurau ajelah,” Naufal mendekati Datin Nadiah sambil memeluk batang leher Datin Nadiah.

“Yela tu, mummy nak anak mummy ada seorang aje isteri. Mula-mula kahwin seronaklah ada dua isteri yang saling menyayangi. Bila dah lama-lama nanti, macam-macam hal pulak timbul. Kalau teringin juga, mummy tak nak tanggung. Pandai-pandailah kamu uruskan,”

Naufal mencebik. “Alah macam lah Naufal nak buat sungguh-sungguh,”

“Dah. Pergi mandi. Dah naik masam bau,”

“MUMMY!” jeritan kecil milik Karina membuatkan Datin Nadiah toleh kebelakang.

Datin Nadiah tersenyum melihat tetamunya sudah berada dihalaman rumah. Karina mengatur langkah ke arah Datin Nadiah. Secara automatik Karina mencium tangan dan pipi milik wanita tersebut.

Mereka jalan beriringan ke halaman rumah, tersedia meja bulat bersama kerusi. Taman kecil itu dihiasi kolam ikan hidup peliharaan Datuk Norman. Karina melabuhkan punggungnya, turut diikuti oleh Datin Nadiah.

“Mummy sihat?” ramah Karina bertanya.

“Sihat aje, Karina tak kerja hari ini,” soal Datin Nadiah.

“Kirana off hari ni. Rindukan anak mummy tu. Lama tak jumpa dia,”

“Rindu anak mummy aje. Mummy ni tak rindu,” seloroh Datin Nadiah. Dia senang kehadiran Kirana di kediamannya.

Mata milik Kirana meliar setiap sudut kawasan banglo mewah tersebut. Tertancap Mercedes Benz tersadai di garaj. Gadis itu tersenyum ceria.

“Mummy, Naufal ada kan dekat dalam,”

“Ada. Kejap mummy panggil dia,” bingkas Datin Nadiah bangun.

“NAUFAL, Kirana’s here!” laung Datin Nadiah dari tingkat bawah.

Naufal menjulingkan mata. “Yes, mummy. Be right out!”

Naufal menapak keluar dari biliknya. Ruang tamu kosong. Naufal menjungkit kening.

“We’re in the garden!” laung Mummy lagi.

Menghela nafas, Naufal mula bergerak ke laman kesayangan Mummy. Mata Naufal melilau mencari kelibat Mummy.

“Nanti kalau Kirana tak sibuk. Rajin-rajinlah datang rumah mummy. Mummy bosanlah duduk sorang macam ni. Nak harap budak bertuah selalu melekat dekat banglo. Tak adanya,” kedengaran suara mummy di dalam mode mesra alamnya.

Naufal mendekati dua insan tu. Pantas tangannya menarik kerusi yang tersorong di bawah meja itu. Kirana memandang lelaki itu.

“You sampai sini bila,” soal Naufal sebaik sahaja menghenyak punggungnya di kerusi tersebut.

“Pagi tadi,” balas Kirana. Sebenarnya, Kirana baru sahaja pulang daripada Bangkok atas urusan kerja.

Naufal sekadar angguk kepalanya.

“Duduk dulu ya. Auntie nak tengok pie auntie dalam oven kejap,” ujar Datin Nadiah ramah. Dengan itu, Datin Nadiah berlalu.

“Dua minggu lagi, I nak pergi New York. You nak follow I tak,” tutur lembut Kirana.

“Tak kut. I busy sikitlah sekarang ni,”

Kirana mengangguk-angguk perlahan.

“You pergi New York buat apa,” tanya Naufal meminta kepastian.

“Ada orang sponsor I pergi sana. Best tau,” ujar gadis memakai dress paras lutut warna ungu itu. Melihat daripada raut wajah, gadis itu ternyata seronok bakal melancong luar negara untuk kali ketiga.

“Boyfriend baru you ke, yang sponsor trip you dekat sana,” Naufal mencapai mini sandwich dipiring kecil itu.

Kirana menggeleng sambil tersengih-sengih. “Apalah you ni, I mana ada boyfriend. You aje boyfriend I. You tahukan I sayangkan you sangat-sangat,”

Naufal memuncung sedepa setelah mendengar luahan hati Kirana. Kirana menarik nafas panjang. Dia membetulkan kedudukannya. Sesungguhnya taman Datin Nadiah ni memang lawa. Dia cuba menenangkan diri.

“I seriuslah you. I tak main-main tahu tak. Jom kita kahwin, sayang,”

Naufal terpaku. Kata-kata Kirana segera diproses di mindanya. Macam tak percaya gadis itu yang mengajak dia kahwin. Dah terbalik dunia ni.

“Whoa. I tak sangka model terkenal, boleh lamar I. Macam funny aje,” Naufal ketawa kecil. “Kalau I call reporter, I confrim esok paper dekat kedai itu jadi macam pisang goreng panas. Berita sensasi, tajuk besar di muka hadapan. Lara Kirana melamar anak Datuk Norman,”

Kirana merengus kasar sambil memeluk tubuh dengan wajah masam. Geram dengan Naufal.

‘Ish, aku serius dia boleh main-main pulak,’ bentak di hati Kirana.

Naufal melihat perubahan ketara daripada gadis itu.

“Sorry, I main-main aje. You janganlah take serious macam tu,” pujuk Naufal. Kirana masih tidak memandang wajah lelaki itu. “Okay-okay. I tahu, I yang salah. Okay bila kita boleh kahwin,”

Pantas Kirana memaling kembali ke pandangan Naufal. Dia mengukir senyuman lebar sehingga ke telinga. Mahu sahaj melompat-lompat keriangan.

“Ni yang sayang you sangat-sangat. Okay kalau macam tu. Esok you ikut I okay,”

“Pergi mana,” Naufal masih kebinggungan.

“Butik pengantin,”

Mini sandwich dicapai Naufal terjatuh ke tanah. Leher Naufal melipat lagi. Matanya mencerun. Dia menelan air liur. Kelat wajahnya ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience