Bab 2

Romance Completed 97428

Tok! Tok!

Ketukan pada pintu kayu itu menjentik lamunannya. Tubuh seorang wanita bergelar seorang ibu angkatnya menjenguk ke kamar Dhuha kian suram. Dhuha paling mukanya ke arah Puan Faridah. Puan Faridah sedang menatang dulung berisikan nasi bersalam segelas air putih. Di letakkan di atas meja solek. Dhuha banggun dari kerusi itu, dia mengatur langkah ke jendela. Redup sangat suasana ketika itu, seperti dirinya sendiri. Seolah-olah cuaca itu memahaminya di kala itu.

“Mama, benci sangat ke Naufal dekat Dhuha,” soal Qayyum tanpa memandang wajah Puan Faridah. Sudah penat dia untuk menanggis, benar cakap abang sulungnya, Irham tak guna kalau menanggis air mata darah sekali pun. Perkara dah berlaku. Mampukah aku bangun semula tanpa Naufal di sisi.

“Jangan cakap macam tu, nak,” suara Puan Faridah mengendur saja. Puan Faridah mendekati anak angkatnya yang di ajak sekecil lagi. Puan Faridah yang tinggalkan pesan oleh ibu kandung kepada Dhuha dan Irham sebelum beberapa minggu dia kembali menghadap illahi. Biarpun mereka hanya anak-anak angkat tidak pernah terlintas menganggap mereka orang asing baginya, malah ditantang dengan minyak penuh.

Betapa sakitnya hati ketika itu. Diceraikan oleh suami tanpa sebab. Fikirannya benar buntu. Di saat suaminya mengucapkan kata itu bagaikan jatuhnya rasa langit. Aku hanya mampu menitiskan air mata. Apa salah dia, sehingga dihukum sebegitu.

“DHUHA! Apa yang bau hangit tu!”

Bergegar suara milik Suri menjerit apabila dia mencium sesuatu yang hangit. Suara itu juga mengejutkan Dhuha enak mengelamun. Suri menerjah ke bahagian dapur sambil bercekak pingangnya. Kelam kabut Dhuha ke dapur gas yang sudah berasap. Suri mengeleng-geleng kepalanya manakala Dhuha mengeluh melihat ikan kembungnya dua ekor itu telah rentung.

Dhuha mengangkat ikan tersebut daripada kuali ke piring kecil. Suri menarik salah satu kerusi di meja makan itu. Piring di tangan Dhuha diletakkan kasar di atas meja. Suri memerhati ikan digoreng Dhuha. Ikan itu bukan setakat digoreng tetapi hampir terbakar. Dhuha duduk kembali di kerusi itu.

“Kau ni ada masalah ke? Kedai kau biar macam tu aje. Dah seminggu kau tak pergi kerja tau tak. Aku ni bukan apa, anak buah kau tu. Asyik tanya aje, mana kau pergi. Dahlah, kau tak bagitahu dekat budak-budak tu. Apa masalah kau ni,”

Dhuha hanya diam mendengar kata-kata daripada rakan serumahnya. Memang benar hampir seminggu dia tidak pergi ke kedainya. Satu keretanya sudah tersadai di hospital. Masih dalam rawat. Kedua, apa saja dia lakukan semuanya tak kena. Pegang buku, boleh jatuh. Goreng ikan sampai rentung. Alahai kesian ikan tu, aku yang termenung. Kau yang kena. Ketiga, aku tak habis-habis mengelamun. Fikir sana. Fikir sani. Boleh putus fius jugak aku ni.

“Dhuha! Aku cakap dengan kau ni. Boleh pulak kau berkhayal. Ish budak ni,” marah Suri. Dhuha masih diam. Berat mulutnya ingin bercakap seperti ada batu emas dalam mulutnya. “Ni hah satu lagi, phone kau dekat atas tu, asyik memekaknya. Asal kau tak angkat. Bingitlah. Tadi aku geram sangat, phone kau asyik terpekik terlolong sorang dia, aku angkatlah. Mamat yang langgar kau hari tu, dia cakap kereta kau dah nak siap. Nanti bolehlah kau ambil ‘katak’ kau tu,”

Dhuha mengangguk. Mamat yang di maksudkan oleh Suri tu, tak lain tak bukan. Bekas suaminya dulu. Tak sangka pulak dia boleh jumpa kembali dengan bekas suaminya dalam keadaan mengejut. Hampir pengsan aku masa tengah jalan tu. Paling aku tak sangka, kaki dia yang lumpuh tu dah pulih balik. Alhamdulilah. Aku syukur dia dah pulih seperti biasa. sejujurnya, aku terlampau merinduikannya sehingga ke hari ini.

“Dia ada cakap apa-apa tak dekat kau,” soal Dhuha kepada Suri.

“Tak adalah pulak. Tu ajelah. Kau tahu tak kau telah terima 101 panggilan tidak dijawab dan beberapa kerat mesej kau terima,” sengaja Suri menyusun ayat ala-ala jawapan dalam skema peperiksaan. Dhuha mengeluh. Sejak pertemuannya dengan bekas suaminya itu, pasti ada saja panggilan ataupun mesej di terima olehnya. Menyesal pun ada bagi nombor telefonnya kepada lelaki itu.

“Kau ada affair dengan mamat tu ek,” sakat Suri sudah tersengih-sengih kerang busuk. Ketat wajah Dhuha mendengar kata rakan serumahnya. Tak sangka, Suri boleh buat penilaian sampai begitu sekali.

“Agak-agaklah nak affair pun. Aku pun kenal gitu-gitu aje dengan dia,” dalih Dhuha, sebenarnya ramai tidak mengetahui hal yang sebenar tentang statusnya dipegangnya kecuali kaum kerabatnya yang terdekat.

Suri merenung tajam wajah Dhuha. “Betul ke, kenal gitu-gitu aje. Mesti dia dah tangkap cintan dengan kau kan,”

Dhuha menggeleng. Mengeluh lagi Dhuha. ‘Minah ni suka betul serkap jarang,’

Suri sudah bangun daripada kerusinya. “Okaylah aku dah malas nak sembang panjang dengan kau. Karang Malik datang nak jemput aku pergi shopping,”

Suri sudah bergerak keluar daripada dapur itu. Malik, merupakan tunangan kepada Suri. Tinggal beberapa bulan lagi, mereka bakal menamatkan zaman bujang. Aku harap korang bahagia sampai ke anak cucu. Dhuha bingkas bangun ke menuju ke singki lalu menjirus tangannya dengan lelehan air paip di singki.

DHUHA menanggalkan apron berwarna putih lalu di campak di atas kerusi. Dhuha menatang kek itu ke bahagian depan dengan penuh berhati-hati. Kek coklat yang ditempah untuk majlis hari jadi oleh kawan karibnya semasa menuntut belajar di kolej dahulu. Tersenyum simpul Dhuha, dapat jugak dia menyiapkan kek tersebut tanpa sebarang gangguan.

Kehadiran pelanggang meriuhkan suasana ruang kedai kek kecil milik Dhuha. Tersenyum puas melihat pelanggang, makin hari makin ramai. Dan makin banyak kerja harus dilakukannya. Kedai itu menyediakan ruang untuk makan di kedai itu atau pun dibungkus untuk dibawa pulang.

Dhuha menunduk mengambil kertas bercorak dalam meja dan segulung riben berwarna merah jambu. Dia kembali berdiri daripada menunduk. Tersentak dan Dhuha hampir menepis kek berbentuk bulat itu. Kus semangatnya, hampir sahaja kek itu ingin melekat ke muka lelaki berkaca mata hitam di hadapan.

Datang tak diundang, salam tidak diberi. Tiba-tiba boleh terpacak di hadapan kaunter tersebut. Nasib dia tidak mempunyai penyakit kritikal yang boleh bawa maut. Tidak pasti dia akan ‘jalan’ di kedai itu juga. Dhuha tidak mempedulikan lelaki itu. Dia membentuk kertas itu menjadi kotak untuk dimuatkan kek tersebut. Sebelum kawannya datang ambil lebih kurang setengah jam lagi.

“Macam mana boleh Encik Naufal tahu saya dekat sini,” tanya Dhuha, serius. Naufal menanggalkan kaca mata hitam tergantung di telinganya. Dhuha hanya tunduk memandang kek itu.

“Mana saya tahu tu tak penting. Paling penting saya nak tahu sangat kenapa awak pulak yang bayar ganti rugi tu. Sepatutnya saya yang tanggungjawab,” Naufal mula bersuara. Dhuha melepaskan keluhannya.

“Saya tak minta pun Encik Naufal tolong ganti rugi kan katak saya tu. Saya boleh bayar sendiri,” jawab Dhuha masih tekun membuat kerjanya. Sebenarnya, dia tidak pun meminta ganti rugi apa-apa pun daripada lelaki itu. Biarlah dia tanggung sendiri.

“Saya pelik dengan awak ni, kalau orang lain. Bukan main beriya-iya minta ganti rugi tapi awak ni tak. Sombong tak bertempat,” Naufal mula mengapi-ngapi Dhuha.

Nafas Dhuha mula turun naik. Geram dengan ucapan lelaki itu. “Kalau saya nak sombong pun. Itu hak saya. Bukan hak Encik Naufal,”

Naufal tersenyum sinis melihat Dhuha sudah berasap. Dia benar-benar merindui gadis itu. Mahu sahaja dipeluk dan dicium pipi gadis dihadapannya, tapi dia masih waras akal fikiran untuk lakukan semua itu.

“Apa-apa pun, awak pernah jadi hak saya,” selamba Naufal berkata. Dhuha melipat pandangan ke arah lelaki itu. Renungan tajam dihadiahkan untuk lelaki itu.

“Itu dulu, but not now!” kata Dhuha separuh bisik.

“Kenapa awak cakap slow sangat. Takut orang lain tahu yang awak tu pegang title…”

Dhuha menuding jari ke batang hidung lelaki itu. “ Encik Naufal jangan nak buat kecoh dengan kedai saya okay. Saya benci Encik Naufal sangat-sangat dan tersangat-sangat,”

“Scha, tolong uruskan kek ni,” arah Dhuha kepada salah seorang pekerjaannya di kedai itu. Gadis bertudung itu khusyuk mencuci cermin pameran kek. Terkedek-kedek Scha ke kaunter tersebut untuk mengambil alih tugas majikan itu.

Dhuha mengatur langkah kakinya ke bahagian dapur itu. Tanpa rasa segan silu, Naufal tutur mengikut gadis itu ke ruangan tersebut. Dhuha memberhentikan kaki secara mengejut dan Naufal terpaksa membuat berhenti secara mendadak. Dhuha memaling ke arah Naufal.

“Hanya pekerjaan kedai ni sahaja boleh masuk ke sini,” tegas Dhuha. Naufal buat muka. “Encik Naufal dengar tak,”

“Dengar. Okay kalau macam tu. Saya kerja dekat sini boleh,” Dhuha makin kerut seribu dengan telatah Naufal umpama kanak-kanak ribena. Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba cakap nak kerja dekat sini. Dhuha merengus kasar.

“Encik Naufal jangan main-main boleh tak. Ni bukannya taska, ni kedai kek lah. Bukan tempat mainan. Encik Naufal nak bagi kedai saya bankrupt ke apa!” marah Dhuha.

Wajahnya yang putih menjadi kemerah-merahan apabila dia mula bersuara tinggi. Beberapa pekerja yang berada di dapur itu hanya menjadi penonton kepada drama sebabak tak berbayar itu.

“Tolong jangan panggil saya, Encik Naufal. Terlampau formal sangat. Kita tak duduk dalam pejabat pun,”

Dhuha merenung tajam anak mata lelaki itu. “Habis tu nak panggil apa,”

“Abang,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience