Chapter (11)

Other Series 1120

Naim dan Nafiq balik ke hotel. Ketika mereka sampai di hadapan pintu bilik, mereka terserempak dengan Afeef dan Hazieq yang kebetulan mahu masuk ke dalam bilik.

" Assalamualaikum. Korang pun baru sampai ke? " soal Naim.

" Waalaikumussalam. A'ah. Abang dengan pak su dari mana? " balas Hazieq yang sedang melihat Afeef yang ketika itu cuba membuka pintu bilik tersebut.

" Pak su dengan abang Naim korang ni..pergi jumpa kawan lama kami sekejap. " ujar Nafiq.

" Owh..Pak su, ada nampak Isha dengan Ilya tak? Takdi diorang cakap nak keluar sekejap. " kata Hazieq lagi.

" Kau ni Zieq...pak su dengan abang Naim kan baru sampai. Nanti nantilah sikit kalau nak tanya pun. Kau tak nampak ke yang muka diorang tu penat? Haih kau ni..." bebel Afeef yang sedari tadi hanya membisu. Pintu bilik dibukanya.

" Yelah yelah. Asyik asyik aku je yang kena marah dengan kau. Huh! " kata Hazieq dengan nada yang tidak puas hati.

" Dah dah. Jom masuk. " Nafiq lantas mencelah bagi memberhentikan pergaduhan mulut di antara dua sahabat baik itu.

Naim hanya melihat tanpa menyampuk apa-apa. Dia masuk ke dalam bilik tanpa menunggu yang lain. Dirinya keletihan. Hanya bantal dan katil yang empuk bermain di fikirannya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience