Chapter (5)

Other Series 1120

Setelah 6 jam perjalanan, kami tiba di hotel yang sudah ditempah oleh pak su.

Pak su memberhentikan kereta di kotak parking dan mematikan enjin keretanya. "Okey semua, pak su nak pergi check in sekejap. Korang tolong keluarkan barang dulu ye.." ujar pak su sebelum berjalan meninggalkan kami.

Selesai sahaja memunggah segala barang, kami berjalan menuju ke arah pak su yang berada di dalam hotel.

"Ada barang yang tidak diangkat lagi tak?" tanya pak su.

"Tak ada dah cikgu. Semua dah diangkat. " jawab Afeef.

Pak su tersenyum. "Tak payahlah panggil cikgu. Panggil pak su je. Cikgu dah anggap Afeef dengan Hazieq, anak saudara cikgu dah. Okey?"

"Baik pak su." jawab Afeef dan Hazieq serentak. Naim yang melihat hanya tersenyum nipis.


~~~~~~~~~~

Sekarang ini aku dan Ilya merehatkan diri di atas katil yang empuk. "Boleh tahan cantik bilik yang pak su tempah ni." suara Ilya memecah sunyi bilik kami berdua.

"Kan? Dah la pak su yang tolong bayar. Baikkan pak su?" balas ku pula.

"Pak su kita tu memang baik, tak pernah berkira dengan orang..." ujar Ilya.

"Lepas ni kita buat apa? Takkan duduk dalam bilik je.." soal ku kepada Ilya.

"Pak su pesan lepas solat Isyak, kita kena bersiap. Pak su nak bawa kita pergi makan." jelas Ilya.

"Owh..macam tu. Okey lah Ilya, aku nak pergi mandi dulu."

"Okey. Lepas kau siap mandi, kejutkan aku tau. Aku nak tidur jap."

"Baik bos." kata ku sambil melangkah memasuki bilik mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience