Chapter(3)

Other Series 1120

Aku dan Ilya menunggu pak su menjemput kami di rumah Ilya. Setibanya pak su di rumah Ilya, aku dapati bahawa Hazieq, Afeef dan seorang lelaki yang tidak ku kenali ada di dalam kereta pak su. Lelaki itu duduk di depan bersebelahan pak su.

Aku dan Ilya saling berpandangan. Kami lagakan bahu sesama kami. Bersoal jawab tanpa menggunakan suara. Pak su dan Hazieq kehairanan melihat tingkah kami. Afeef dan manusia seorang lagi tu tengah sedap menghadap telefon masing-masing.

"Ooi...lama lagi ke nak buat langgar-langgar tu? Cepatlah..nanti lambat sampai pulak." jerit Hazieq yang ternyata sudah tidak sabar lagi nak pergi KL.

"Ye..kitorang datanglah ni. Tak reti nak sabar ke?" balasku sedikit geram.

Setelah selesai memasukkan beg kami berdua, kami segera bertolak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience