Chapter (9)

Other Series 1120

_hari keempat_

Hari ni kami semua berpecah. Hazieq dengan Afeef, pak su dengan abang Naim, dan aku dengan Ilya.


~~~~~~~~~~

* Hazieq dan Afeef *

Afeef dan Hazieq pergi ke expo PUBG. Mereka berdua sangat suka bermain game. Ikutlah game yang macam mana sekali pun.

Lelaki memang tak boleh berpisah dengan game kan? Pengunjung dapat membeli dan bermain game di expo tersebut. Expo itu turut mempromosikan PS4 yang digilai oleh pemain game yang fanatic habis kalau sebut pasal game ni.

"Zieq, kau ada nak beli apa apa tak?" soal Afeef yang ingin membeli sesuatu.

"Hmm..tak pasti lagi. Kenapa kau tanya? Kau ada nak beli something ke?" soal Hazieq pula.

"Ada. Jom kita pergi dekat bahagian booth yang jual macam macam barang tu. Tadi aku ada nampak booth yang jual baju, casing telefon dan banyak lagilah. Takkan lah kita datang semata mata nak main perlawanan game je kan?" tutur Afeef panjang lebar.

"Hmm..ok jugak tu. Lepas tu kita pergi kat bahagian pesta makanan pulak erh. Boleh kenyangkan perut sekali." ujar Hazieq.

"Boleh je. Tak ada masalah." balas Afeef.


~~~~~~~~~~

* Aku dan Ilya *

Ketika ini kami berdua sedang bersiar siar kerana terlalu bosan terperap dalam bilik tu ha. Pak su dan abang Naim tak ada bersama kami. Mereka berdua pergi menziarahi rumah kawan mereka. Katanya dah lama tak berjumpa.

Aku dan Ilya pula malas nak ikut sekali. Hal orang lelaki, tak payahlah rasanya kami menyibuk. Bukannya kami kenal pun kawan pak su tu.

Hari semakin gelap. Kami berdua berjalan di satu lorong yang sepi kerana lorong itulah jalan pintas untuk balik ke hotel.

Di pertengahan lorong, kami terserempak dengan penjahat yang tengah memukul seseorang sehingga mangsa terkulai lemah dan ditembaknya mangsa tanpa berasa bersalah.

Aku dan Ilya terkejut yang amat. Kami sedaya upaya menutup mulut masing masing bagi mengelakkan diri dari menjerit.

Baru sahaja ingin melarikan diri, kepala kami dihentak dengan satu objek keras sebelum mata ku berbalam balam dan mata ku sempat melihat Ilya yang sudah terbaring di atas jalan sebelum aku turut rebah di sisinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience