Chapter(4)

Other Series 1120

Semasa dalam perjalanan, aku berbisik di telinga Ilya. "Ilya, kau rasa lelaki tu siapa? Kita pernah jumpa dia tak? "

"Aku rasa tak pernah lagi. Tapi kenapa dia ada sekali erh?" balas Ilya sedikit hairan.

Pak su memandang cermin pandang belakang sekilas untuk melihat keadaan kami berempat. Tiba-tiba pak su berkata "Isha...Ilya bisik apa tu?"

"Ha? Tak ada apa pun." kata ku. Ilya pula pantas menganggukkan kepalanya.

"Ya ke? Ada nak tanya apa-apa tak dekat pak su?" soal pak su lalu tersenyum.

Aku dan Ilya tersenyum bersama. "Ada!" kami menjawab serentak.

"Hahahaha....Ada ada je korang ni. Korang nak tanya pasal apa?" tanya pak su. Pak su melayan kerenah kami. Yeay!

"Tapi janji tau tak akan marah kami?" sempat aku meminta jaminan daripada pak su.

Pak su tersengih. "Okey. Pak su janji."

"Pak su...siapa yang dekat sebelah pak su tu? Kenapa dia ada sekali?" soal Ilya sekali gus mewakili ku.

"Owh...tu ke. Sorry...lupa nak kenalkan dekat korang. Ni kawan pak su. Kawan rapat. Nama dia Muhammad Naim Hafidz."

"Owh..sebaya pak su ke?" tanya ku pula.

"Apa kata korang tanya tuan badan sendiri. Okey?" ujar pak su, sengaja.
"Aduh..siapa yang nak tanya dia ni? Kau ke aku?" soal ku kepada Ilya.

"Hmm...aku boleh je tanya. Ke kau yang nak tanya dia? Aku okey je mana-mana pun." balas Ilya.

"Kau je lah yang tanya dia. Aku tak nak."

"Okey. No prob."

"Aaa.." tanpa sempat Ilya nak tanya, lelaki tu dah potong percakapannya.

"Dah habis bincang? Abang dah lama sedia nak jawab soalan ni." katanya lalu ketawa kecil. Pak su di sebelahnya turut ketawa sekali mengenangkan kerenah kami berdua.

"Err...dah." ujar Ilya sedikit janggal.

Aku memegang tangannya untuk menyalurkan sedikit semangat yang nampaknya semakin berkurangan. Hehe. Muka Ilya jelas menggambarkan segalanya yang terbuku di hati.

"Emm...abang umur berapa erh? Sebaya pak su or lebih muda ke? Kalau tak nak jawab, Ilya okey je." kata Ilya lancar.

Naim Hafidz ketawa lagi. 'Lah...nak tanya tu je ke budak budak ni? Takut nak tanya tu macam lah aku ni makan budak. Haha.' desis hati Naim sendirian.

"Lah..tu je ke yang Ilya nak tahu? Abang ingatkan apa lah tadi. Siap bersedia dari segi mental dan fizikal tau." seloroh Naim.

Aku dan Ilya tersengih. Afeef dan Hazieq yang sedari tadi hanya mengikuti perbualan kami menggelengkan kepala masing-masing.

"Abang ni muda setahun dari pak su korang. Maknanya abang ni berumur 27 tahun la..." kata Naim.

"Owh..ye ke..abang kerja dekat mana?" giliran aku pulak yang nak tanya.

"Abang kerja dekat syarikat ayah abang. Duduk dalam pejabat lah...menghadap fail fail kerja."

Kami sekadar menganggukkan kepala. Tanda faham apa yang di perkatakan oleh abang Naim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience