Chapter 12

Other Series 1120

Aku tersedar dari lenaku yang panjang. Bukan lena sangat pun, lebih kepada pengsan sebenarnya. Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi sebelum aku berada disini. Aku memandang keadaan sekelilingku yang aku sendiri tak tahu apakah tempatnya.

"Aduhhh....sakit betullah kepala ni. Apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapa aku tak ingat apa-apa ni?Arghh..." ucapku perlahan. Kepalaku terasa semakin berdenyut-denyut. Aku tak mampu lagi menahannya. Pandanganku semakin gelap dan aku pun rebah.

****

"Arghh...apa yang dah jadi ni? Aku dekat mana ni? Kenapa semua gelap...bau apa ni?!" jerit Ilya sendirian. Mukanya terkejut melihatkan keadaan bilik yang didiaminya itu.

Kelihatan beberapa bangkai mayat yang sudah mula mereput dan berbau busuk di ruangan yang diduduki Ilya itu. Seakan mahu pengsan dibuatnya Ilya kerana tidak mampu menahan bau busuk yang teramat kuat menusuk ke dalam rongga hidung.

"Ya Allah...aku dekat mana ni...? Isha...Pak Su...tolonglah Ilya...Ilya tak nak duduk dekat sini.." rintihnya sendirian menangisi nasib dirinya yang malang. Sudahlah terpisah dengan sepupunya malahan dia sendiri tidak tahu dirinya berada di mana. Di Kuala Lumpur lagikah? Atau sudah berada di negara lain? Runsing sungguh dirasakannya saat ini. Air mata sudah mula menunjukkan diri. Teresak-esak Ilya disitu kerana takut yang melampau-lampau.

****

"Huarghh....mengantuknya...Eh, mana semua orang?" kaget si Hazieq apabila menyedari bahawa hanya dirinya keseorangan di bilik itu.

"Assalamualaikum. Dah bangun dah prince charming? Tak boleh lambat lagi ke?" sindir Afeef yang baru keluar dari tandas itu melihatkan Hazieq yang baru bangun.

"Ehehe. Waalaikumussalam. Sorry lah Feef. Katil ni empuk sangat kot. Mau tak bangun aku dibuatnya. Ermmm...Pak Su dengan abang Naim mana? Dah turun ke?" soal Hazieq tanpa menghiraukan sindiran Afeef terhadapnya.

"Aha. Dah turun dah. Aku ingatkan nak join diorang sekali tapi Pak Su suruh tunggu kau. Manalah tahukan bila kau bangun lepastu tak ada orang mahunya kau menangis sebab kena tinggal. Hahaha." usik Afeef. Mahu tertawa dirinya melihatkan mimik muka Hazieq yang cemberut.

"Hish, mana ada! Memandai je kau ni. Tak sah kalau sehari, kau ni kan mengusik aku je kerjanya. Huh." dengusnya perlahan.

"Hahahaha....relaks ah Zieq. Aku bergurau je. Eh, cepatlah siap. Dah lambat ni. Kesian Pak Su tunggu lama." ujar Afeef.

"Okey lah. Jap, bisinglah dia ni. Aku pergi mandi jap." kata Hazieq sambil tangannya laju menggapai tuala yang disediakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience