BAB 6

Romance Completed 2731

Ferol terus beredar. Arbaieyah asyik tersenyum. Dia juga beredar dari restoran.

Sejak pertemuan tempoh hari,Arbaieyah dan Ferol masing-masing membuat halsendiri. Mereka tidak lagi bertembung atau terserempak di mana-mana.

Betul kata Ferol ,kalau ada rezeki,mereka pasti akan berjumpa lagi. Arbaieyah menerima panggilan dari Ferol . Katanya dia mahu berjumpa dengan Arbaieyah . Arbaieyah sendiri tidak pasti akan tujuan sebenar Ferol ingin bersemuka dengannya.Mungkin Ferol mendapatkan nombor telefon Arbaieyah itu dari Arbaieyah sendiri.

Dia baru teringat yang dia ada menelefon Ferol sewaktu Ferol mahumengganti semula kameranya. Arbaieyah hanya menurut.

Arbaieyah menunggu Ferol di restoran tempoh hari. Seperti tempoh hari,Ferol lewat tiba di restoran untuk kali keduanya. Puas Arbaieyah menunggu si CEO itu.

Dari jauh,Arbaieyah ternampak susuk tubuh Ferol yang baru keluar dari kereta.Di luar restoran,hujan sedang turun renyai-renyai. Arbaieyah gelisah jikahujan turun dengan lebat. Dia hanya menunggang motorsikal untuk kerestoran ini.

Ferol memasuki restoran. Dia menghampiri meja.

“Maaf,lambat.”ujar Ferol . Dia duduk lalu tangannya membetulkan rambutnyayang telah basah terkena hujan.

“Awak tahu tak,saya penatlah tunggu orang macam awak ni. Selalu lambat.Dari tadi saya sampai,belum hujan lagi. Sekarang dah hujan baru nampakbatang hidung. Saya dah tunggu dekat 30 minit tahu,tak?Oo..mentang-mentanglah awak ganti balik kamera saya,awak boleh buat sayamacam inilah? Amboi..hensem muka awak..”Arbaieyah membebel lagi. Tiap kaliberjumpa dengan Ferol ,tiap kali itulah dia membebel.

“Awak ni kenapa? Suka sangat membebel. Esok-esok,kalau kahwin,suami awaklari tahu tak. Kenapa? Sebab,dia penat dengar isteri dia membebel 24jam. Nak ke?”Ferol memberi peluru berpandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience