BAB 1

Romance Completed 2731

Azni Habibah. Gadis ini cantik tapi wataknya kasar sedikit. Namun janganbimbang,orangnya memang gila-gila.

Sekolah menengah,orang panggil dia Bibah. Bib. Habib. Macam-macam.Tapi,sejak masuk universiti di luar negara,terus dia tukar namapanggilan. Nak panggil Habib,takut orang anggap kekasih. So,dia decideuntuk letakkan namanya sebagai Arbaieyah . Shortcut untuk namanya Habibah.

Arbaieyah dah habis belajar dalam course engineering. Software engineer itudah jadi pekerjaan dia kini. Dan..kini Arbaieyah dah pulang ke negeriasalnya,Kelantan. Jauh perjalanannya,dari Ireland ke Kelantan. Arbaieyah puashati dengan apa yang dia dah capai sekarang.

Kini..kisahnya bermula...

Arbaieyah leka membelek foto yang ada dalam kamera Canon milliknya. Kakinyamenyeberangi jalan namun matanya masih tertumpu pada gambar yang adadalam kamera.

“Arghhh!”jerit Arbaieyah . Kereta BMW berwarna merah itu berhenti mengejut.Jarak Arbaieyah dari kereta itu tidaklah terlalu jauh. Arbaieyah membuka matanyaperlahan. Dia menarik nafas lega. Rupanya dia masih bernyawa.Tapi..kamera Canon miliknya sudah tiada di tangan. Mata Arbaieyah membulat.Terkejut Arbaieyah apabila melihat kameranya sudah berkecai di atas jalan.

Pemilik kereta itu rupanya lelaki. Dia keluar dari kereta danmenghampiri Arbaieyah yang terkedu dengan keadaan itu tadi.

“Cik okey ke?”lelaki itu bertanya. Suaranya yang serak macho itu buatArbaieyah tersentak.

“Encik,saya okey..tapi nyawa saya dah mati.”Arbaieyah membuat muka buruknya.Dia mahu menangis mengenangkan kameranya yang berkecai.

“Nyawa cik dah mati?”terpinga-pinga lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience