BAB 2

Romance Completed 2731

“Encik,macam mana encik bawak kereta? Tak nampak ke saya nak lintasjalan tadi? Ya,encik saya selamat. Yang tak selamat tu kamera saya. Diatu nyawa saya. Banyak software yang perlu saya guna dalam kamera itu.Dahlah,saya ada projek. Arghhh!”Arbaieyah menggoncang kepalanya. Dia stress.

Lelaki itu tidak berkelip memandang Arbaieyah . Bukan apa,dia terkejut denganArbaieyah yang tidak berhenti membebel.

“Nah..”lelaki itu menghulur kad business miliknya. Arbaieyah mengambil kadyang dihulur itu perlahan-lahan.

“Kad ni buat apa encik? Saya bukan nak kad business encik ni. Saya nakkamera saya balik.”

“Macam ni,saya ada hal sekarang. Ada meeting. So,awak ambil kad saya ni.Nanti awak call saya dan saya janji akan beli kamera baru untuk awak.”

“Saya kena call encik?”

“Yalah,takkan saya nak call awak pula.”

“Encik,kalau saya call nanti encik tak jawab macam mana? Encik janganmain-main dengan saya.”

“Saya angkat call awak nanti. Saya pergi dulu.”lelaki itu terburu-buruke kereta. Arbaieyah hanya mampu pasrah.

Arbaieyah menatap kad yang diberikan lelaki itu tadi. Ferol Syah bin DatoGhaffar. Ketua Pegawai Eksekutif atau Chief Excutive Officer atau lebihtepat lagi CEO.

“Patutlah sanggup nak ganti kamera aku balik. CEO rupanya..”Arbaieyah mendengus.

Arbaieyah tiba di rumah. Masuk sahaja dalam bilik,Arbaieyah terlihatadiknya,Insyirah atau Angah sedang duduk di katil. Angah leka membelekmajalah Solusi. Arbaieyah menghempap tubuhnya di katil.

“Kenapa,Long?”soal Angah bersahaja. Matanya terus tertancap pada helaianmajalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience