BAB 2

Romance Completed 6708

AKU menghempaskan badanku ke atas katil. Terasa sakit yang bermula dari kaki sejak pagi semalam kini sudah menjalar ke seluruh badan gara-gara aku tidak duduk sama sekali di hospital dari pagi semalam. Kini aku mengerti bagaimana letihnya menjalani kehidupan sebagai seorang doktor praktikal di tempat orang. Kata senior-seniorku dulu, praktikal di sini seolah-olah kita menjalani kehidupan sebagai housemanship atau HO di Malaysia.

Senior.

Perkataan yang satu itu membuatkan aku teringat perbicaraanku dengan Farid minggu lepas. Sesungguhnya, Farid menyatakan ada seorang senior yang meminta nombor telefonku. Dan Farid dengan ringan tangannya telah menulis nombor aku di sehelai kertas dan memberikannya kepada senior itu. Lebih parah apabila aku ni memang paling tak suka orang bagi nombor telefon aku pada orang lain.

Aku menghelakan nafas entah buat yang keberapa kali. Jari-jemariku memicit-micit kepala yang terasa berdenyut.

“Farid ni pun satu. Bukannya nak tanya aku dulu sebelum bagi nombor tu.” Dalam tidak sedar ayat itu keluar daripada mulut aku.

Bukannya apa, aku allergic sedikit kalau ada senior yang mintak nombor telefon ni. Pertama, sebab dia senior. Kedua, sebab aku tak suka nak melayan orang yang aku tak kenal terutamanya mereka yang terdiri daripada kaum Adam. Ketiga, sebab nombor aku ni bukan tempat untuk jadi kaunter pertanyaan.

Hampir saja aku terjatuh daripada katil kerana terperanjat apabila tiba-tiba lagu Pujaanku yang menjadi OST untuk filem Eiffel I’m In Love dendangan Melly Goeslow dan Jimmy menjerit-jerit daripada telefon bimbitku menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Aku menyumpah-nyumpah dalam hati kerana sempat pula aku berangan sebentar tadi.

“Eh, nombor siapa ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience