BAB 5

Romance Completed 6708

HARI ini hari kedua Shekal bertugas di wad ini. Aku lihat dia semakin lincah melakukan tugasannya. Aku curi-curi melihat Shekal semasa dia melakukan follow-up. Aku tersenyum sendiri. Bukan setakat dengan pesakit sahaja dia follow up. Satu wad riuh rendah dek kerana keramahannya dengan keluarga pesakit. Dalam diam aku mengagumi sifat yang ada pada diri Shekal.

“Siap dah?” Shekal menegurku sewaktu aku sedang mengisi hasil follow up di rekod pesakit.

Aku mengangguk sambil menghadiahkan Shekal sebuah senyuman paling manis yang pernah aku ukirkan.

“Awak?” soalku pula apabila melihat Shekal sudah mula menulis di rekod pesakit.

“Sudah juga,” ujarnya sambil tekun mengisi hasil follow up.

Aku tidak tahu kenapa susah betul nak alihkan mata ni pandang tempat lain selain daripada pandang muka Shekal ni.

“Saya kacak sangat ke sampai tak boleh nak alihkan pandangan tu ke tempat lain?” Suara itu menampar gegendang telinga aku. Di hujung ayat itu, aku dengar tawa yang halus. Aku lihat Shekal tersenyum sendiri.

Dan aku rasa ayat yang aku dengar tadi tu Shekal tujukan pada aku. Tapi otak aku tak dapat tangkap satu pun ayat yang dituturkan oleh Shekal.

“Apa awak cakap tadi?”

Kali ini Shekal mengangkat mukanya memandang aku.

“Saya cakap, saya kacak sangat ke sampai awak tak boleh nak alihkan pandangan tu ke tempat lain?” Lembut sahaja pertanyaan itu namun menusuk sampai ke tangkai hati.

Rasanya mahu sahaja aku cakap, “Ya Encik Shekal, awak memang sangat kacak sampai mata saya ni gatal sangat tak boleh pandang benda lain selain daripada muka awak.” Namun seperti biasa hati kata lain, mulut kata lain.

“Perasan,” ujarku sepatah. Pantas juga aku melangkah ke arah nurse station untuk meletakkan rekod pesakit. Sebenarnya nak cover malu sebab free je kantoi dengan Shekal.

Aku dengar Shekal tertawa di luar. Terasa pipiku membahang saat itu.

‘Padan muka kau Shafira Izalea. Buat lagi kerja terkutuk macam tu. Tengok anak teruna orang macam nak telan.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience