BAB 4

Romance Completed 6708

HARI ini secara rasminya, Shekal Izzat ataupun seniorku ini menjadi junior mingguku di bahagian Neurologi ini. Walaupun ini bukan kali pertama aku bertemu dengannya, namun jantungku tetap berdenyut laju.

“Boleh Shafira terangkan dekat saya apa sahaja yang saya kena buat dekat wad ni?”

Aku masih menatap rekod medis pesakit di wad yang aku jaga saat suara itu menampar gegendang telingaku. Setiap pagi memang macam inilah kerja aku. Jejak kaki sahaja dalam wad ni, aku terus letak beg dalam bilik yang memang disediakan untuk doktor pelatih. Lepas tu aku akan terus follow up pesakit yang ada dalam wad. Ukur tekanan darah pesakit, ukur suhu, periksa nadi dan juga pernafasan, lepas tu isi hasil yang aku dapat dalam bahagian rekod medis ni. Sebelum tu baca dulu rekod pesakit tu hari sebelumnya supaya bila doktor tanya tiba-tiba apa kelainan pada pesakit tu aku bolehlah jawab. Kalau tidak tahu, memang mintak kena maki pagi-pagi hari macam yang selalu kawan-kawan aku kena.

Aku mengangkat muka memandang Shekal.

“Beri saya lima minit,” ujarku ringkas tanpa menunggu persetujuan Shekal. Aku terus menulis hasil follow up tadi ke dalam rekod medis pesakit. Setelah meletakkan tanda noktah, aku terus duduk di kerusi batu yang ada di dalam wad itu.

Shekal hanya memerhatikan setiap gerak geriku.

“Okey. Pertama, awak kena tahu awak bertugas dekat wad mana. Macam saya, saya bertugas di wad High Care Unit. Jadi wad yang saya jaga adalah wad dekat depan tu,” ujarku sambil menudingkan ibu jariku ke arah wad yang betul-betul terlatak di hadapan kerusi batu itu.

“Kalau awak bertugas di wad satu, itu wadnya. Kalau wad dua, yang itu.” Aku terangkan satu-persatu kedudukan enam wad di situ kepada Shekal. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

“Lepas tu, pagi-pagi datang je awak kena follow up pesakit yang ada dalam wad yang awak pegang. As usual, measure blood pressure, pulse, respiration and temperature,” ujarku lagi.

“Then, hasil yang awak dapat daripada follow up tadi awak tulis dalam rekod pesakit ni. Tulis di bahagian sini,” ujarku sambil menunjukkan ruangan khas di dalam rekod itu untuk menulis hasil follow up.

“Tu sahaja?” soal Shekal apabila kata-kataku berhenti di situ.

“Baca-bacalah rekod pesakit yang ada dalam wad yang awak jaga tu. Kadang-kadang doktor akan tanya tiba-tiba pesakit tu sakit apa.”

“Owh…” Panjang ayat itu dituturkan oleh Shekal.

“Kalau tak dapat jawab?” soal Shekal lagi.

“Kena maki,” ringkas jawapanku.

Dan aku lihat Shekal tersenyum. Haish Shekal Izat, kenapa senyuman kau ni manis sangat. Cair aku wei.

“Biasa kena?” Aku agak, sengaja Shekal mengutarakan soalan itu untuk berbasa-basi denganku.

“Alhamdulillah belum pernah,” ujarku jujur.

Bukan nak berlagak, tapi Alhamdulillah aku memang belum pernah lagi kena maki sejak tiga minggu aku di wad ini.

“Mungkin sebab awak hardworking study about your patient?” Shekal cuba meneka pula.

“Have too kalau tak nak kena maki.” Akhirnya sebuah senyuman terpamer juga dibibirku untuk seorang jejaka yang bernama Shekal ini.

“Nice smile.”

Pujian Shekal yang tiba-tiba itu membuat senyumanku mati di situ.

Rasa macam nak cakap juga dekat Shekal ayat ni,’Your’s nice too.’ Namun kata-kata itu hanya terluah di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience