BAB 1

Romance Completed 6708

Ku petik gitar dan persembahkan puisi indah untukmu

Datang tulus dari hatiku yang paling dalam

Ku senandungkan irama indah agar lena tidurmu diulit mimpi indah. Mimpikan tentang kita wahai dewi pujaanku.

*****

DAHIKU berkerut-kerut apabila mendengar satu-persatu ayat yang dituturkan oleh Farid.

“Siapa?” soalku sebaik sahaja Farid menghabiskan ayat terakhirnya.

“Na… nama dia Shekal,” ujar Farid tergagap-gagap. Gugup barangkali dek kerana sergahan aku tadi. Siapa yang tidak tahu aku ini seorang yang garang lagi serius. Hampir semua yang mengenali aku menggelar aku ‘singa betina’. Kalau benda remeh-temeh macam ni memang malas aku nak layan.

“Batch mana?” soal aku lagi untuk meminta kepastian.

“Dua ribu tujuh.”

Aku menghela nafas berat.

Haihlah, tak habis-habis sepsis ni. Kenapa mesti senior?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience