BAB 3

Romance Completed 6709

AKU sedang menulis resep ubat apabila tiba-tiba suatu suara memberi salam dibelakangku. Aku tidak langsung menoleh. Fokusku hanya pada kerjaku saat itu. Jika tidak, pasti aku akan dimaki hamun oleh doktor jika aku terlambat. Tanganku masih laju menulis nama-nama ubat yang harus kuberikan kepada keluarga pesakit untuk dibeli di farmasi.

“Assalammualaikum,” tegur suara itu buat kali kedua.

Kali ini aku menoleh memandangkan aku telah meletakkan tanda noktah pada resep ubat tadi.

“Wa….” Dan selebihnya jawapan salam itu aku sambung dalam hati. Aku rasa suaraku seolah-olah tersekat dikerongkong saat itu apabila memandang sesusuk tubuh yang tidak pernah aku lihat sebelum ini.

Si tuan punya badan berdehem beberapa kali sebelum dia menghadiahkan aku sebuah senyuman paling ikhlas yang pernah aku lihat.

“Hukum memberi salam itu sunat saudari…” Jejaka itu berjeda di hujung ayat yang dituturkannya.

Aku yang seolah-olah faham apa yang cuba disampaikan olehnya langsung menyebut namaku dalam sekali nafas. Setelah itu, aku tarik nafas dalam-dalam. Dalam hati, aku mengutuk diriku sendiri. Kenapa tiba-tiba aku menjadi seorang yang gopoh seperti ini.

“Hukum memberi salam itu sunat saudari Shafira Izalea. Tapi hukum menjawab salam itu wajib,” ujar jejaka itu dengan suaranya yang lembut sahaja masuk ke gegendang telinga aku.

Aku mengukir senyuman plastik. Kepala kuangguk-anggukan perlahan tanda memahami ayat yang baru sahaja dituturkannya. Terasa menusuk juga ke hati ayat yang dituturkan oleh jejaka yang tidak ku tahu siapa namanya ini.

“Shafira sudah kau bikin resepnya?” Kini suara doktor Ibrahim pula yang menampar gegendang telingaku. Suaranya yang nyaring itu boleh didengari dari pintu wad di hujung sebelah sana.

Cepat-cepat aku berlari ke arah Doktor Ibrahim dan meninggalkan jejaka itu. “Iya, sudah doc. Ini resepnya,” ujarku sambil menghulurkan resep itu kepada Doktor Ibrahim.

Resep ubat sudah beralih tangan. Jejaka tadi masih melihat aku. Senyuman dibibirnya masih seperti tadi. Aku buat-buat tidak nampak. Tiba-tiba aku rasa degupan jantung aku laju daripada biasa. Tachycardia? Itupun gara-gara senyuman jejaka itu? Pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience