BAB 6

Romance Completed 6708

AKU menyumbat earphone ke dalam telinga sebelum melelapkan mata. Lagu Regresa A Mi nyanyian El Divo menampar gegendang telinga. Aku menghayati lagu tanpa suara itu dengan penuh khusyuk. Memejamkan mata rapat-rapat. Setelah sehari suntuk bergadang di hospital, inilah masa yang aku nanti-nantikan. Masa untuk berehat. Sebagai terapi minda yang sedang stress, aku memilih untuk mendengarkan lagu-lagu instrumental. Dikatakan lagu instrumental dapat mengubah gelombang minda dan mood kita sekaligus menjadikan kita lebih tenang.

Tanpa diminta bayangan wajah Shekal yang sedang tersenyum bermain di fikiran aku saat lagu Regresa A Mi masuk ke bahagian korus. Aku cuba menghayati lagu tanpa suara itu sambil menyanyikan lirik-lirik lagu itu.

Regresa A Mi – Unbreak My Heart

Quiereme otravez – Say you’ll love me again

Borra el dolor que al irte me dio – Undo this hurt when you walked out the door

Cuando te separate de mi- And walked outta my life

Dime que si ya no quiero llorar- Uncry these tears, I cried so many nights

Regresa A Mi – Unbreak my heart

Tiba-tiba hatiku berdebar. Mengingati Shekal seolah-olah menjemput rinduku padanya. Menjemput dia ke dalam mimpiku. Menjemput rasa cinta ke dalam hatiku. Kerana Shekal aku jadi begini.

Shekal Izat. Dia jejaka pujaanku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience