Lan memberanikan diri membuka pintu bilik yang dijadikan makmal olerh Alex. Bilik yang dipenuhi dengan kotak-kotak itu berbau seperti makmal hospital. Beberapa peralatan seperti periskop, bikar dan penunu bunsen tersusun diatas meja. Yang lainnya hanyalah paket-paket lutsinar dengan serbuk berwarna putih didalamnya. Kesan darah mulai kelihatan sebaik dia menghala ke arah altar pemujaan.
Sebaik memusingkan kepala ke arah altar, Lan tergamam seketika melihat tubuh Alex tanpa kepala duduk bersila menghadap altar. Ditangannya terdapat beberapa batang colok yang sudah terpadam. Darah pekat membasahi sebahagian baju yang dipakainya. Kesan pancungan di leher masih lagi kemerah-merahan.
Dia terus terpaku melihat kepala Alex yang dipejamkan mata diletakkan diatas altar. Betul-betul menghadap tubuhnya tadi. Seolah-olah dia sedang menyembah kepalanya sendiri. Rantai emas yang biasanya dikalungkan Alex dileher bertaburan diatas lantai dan disimbahi darah.
Lan sudah tidak tahan melihat apa yang berlaku. Perutnya menggelodak dan angin menekan keluar cairan putih dari mulutnya. Lan mulai termuntah-muntah mengenangkan mayat-mayat yang dilihatnya tadi. Dia sempat berpaut kepada pintu sebelum jatuh tersembam diatas lantai. Yakob dan Ilham harus dicari sebelum dia lari. Yang pasti Alex bukanlah pelaku yang kejam ini!!!
Lan merangkak beberapa tapak sebelum memanjat kerusi untuk bangun. Digagahkan dirinya mencapai tombol pintu di bilik yang kedua. Bau hanyir darah menusuk hidungnya sebaik membuka pintu. Empat mayat bergelimpangan diatas lantai. Masing masing dipenuhi kesan tembakan dan tikaman. Berpuluh-puluh kesan tembakan terdapat di serata dinding dan siling bilik. Sepucuk pistol dilengkapi silencer diletakkan berhampiran meja solek. Kelongsong dan peluru-peluru hidup berselerakan serata bilik. Lan segera mengelak untuk menyiasat lebih lanjut. Dia cuma mahu mencari Ilham danYakob. Adakah mereka berdua sudah lari?. Itulah antara persolan yang bermain dikepalanya.
“Yakob !!! Ilham !!!!” kali ini jeritan Lan lebih kuat. Dia sudah tidak takut kalau penghuni Kondominium yang lain tahu. Yang penting dia mesti melepaskan diri dari menjadi mangsa seterusnya. Bilik yang ketiga di Kondo tersebut diterjahnya pula.
Share this novel