“Dahlan pulak tengah high. Langsung tak sedar apa-apa. Aku la yang mula-mula tarik Milah tu masuk bilik. Lepas tu kau, Man Celeng, Din RXZ pun ikut sekali. Sampai ke malam kita ‘kendurikan’ Milah tu. “ Cerita Ilham.
“Yang aku heran tu, kenapa Dahlan tak sedar-sedar. Masa Milah jerit nama dia pun dia sengih-sengih jer. Paling kuat pun aku dengar sekali dia jerit “ Woi, jangan buat bini aku macam tu” lepas tu dia sengih-sengih dan baring semula.” Yakob menyambung.
“Kau mungkin tak perasan. Yang aku tahu Man Celeng ada cakap yang dia tambah stok kat tangan Dahlan masa tu. Sebab tu la kau nampak dia tak henti-henti high. Bijak jugak si Man Celeng tu”
“Ha..Ha.. hal-hal macam tu memang dia bijak. Sampai lunyai bini kawan tu kita kerjakan”
“Tapi sedih sikit lah. Lepas Milah dapat keluar dari bilik tu. Dia terus ke sungai. Esoknya, mayat dia orang jumpa dekat kuala.” Ulas Ilham.
“Mujur polis tak buat post morterm. Haji Awang tak bagi sebab dia syak ada sangkut dengan Dahlan. So kes tu Jadi kes bunuh diri sahaja.”
“Malam-malam macam ni kau bukak cerita tu pulak. Maunya si Milah tu datang tuntut nyawa. Mana kita nak lari” Yakob menjawab sambil tersenyum.
“Lepas kes tu. Semua family dia pulaukan Dahlan. Sampai nak tengok anak sendiri pun diaorang tak bagi. Hari-hari dia ke kubur Milah menangis. Lepas tu hisap barang. Orang jumpa mayat dia pun kat tepi kubur Milah. Mati overdose dia kat situ”
“Sayang betul dia kat Milah sebenarnya. Tapi apakan daya.”
“Mana si Lan ni?. Sampai sekarang pun belum nampak batang hidung.” Yakob mengubah tajuk.
“ Janji pukul sebelas malah. Sampai sekarang pun tak ada. Cuba kau call dia Ilham ” Arah Yakob. Ilham mula mendail telefon bimbitnya.
“Kata pukul sebelas” Marah Ilham sebaik melihat Lan tersengih keluar dari kereta.
Share this novel