BAB 11

Thriller Completed 2169

“Masuk..masuk..welcome..welcome..ucap Alex sebaik dia membuka pintu hadapan. Dua orang wanita berpakaian seksi menjemput mereka di pintu hadapan dengan gelas-gelas arak. Yakob dan Ilham menolak untuk minum kerana tahu yang arak itu haram bagi orang Islam. Lan tanpa segan silu terus meneguk air yang dihidangkan itu. Alex tertawa melihat telatah mereka.

Kondominium yang seluruhnya bewrna putih itu kelihatan begitu mewah dan ekslusif. Tata hiasan dalamannya kearah English style dengan sedikit sentuhan moden. Perabut dalaman sahaja sudah mencecah puluhan ribu ringgit. Ilham dan Yakob ternganga melihat kemewahan tokey dadah itu. Seumur hidup mereka belum pernah sekalipun menjejak kaki ke tempat semewah itu.

“semua duduk-duduk dulu. Lepas ni My girl akan bawa makan-makan pulak. I order special dari hotel” Alex menjemput mereka duduk di meja makannya yang boleh memuatkan sehingga dua belas orang.

“You bertiga adalah my special guest hari ni. I mesti layan you all baik-baik. Apa yang you all mau cakap saja. Mau karaoke ka, Mau pompuan ka, mau mahjong ka…cakap je..gerenti I bagi” janji Alex. Lan, Ilham dan Yakob hanya tersengeh.

Satu bilik di kondo itu dikhaskan oleh Alex untuk dijadikan makmal memproses dadah. Dia sendiri yang melakukan kerja-kerja itu. Dia tidak yakin orang lain dapat membuat campuran dadah sebaik yang dilakukannya. Sebab itu dapat yang dijualnya diketegorikan sebagai gred ‘A’ dan adanya kesan khayal yang luar biasa.

Bilik itu juga terdapat sebuah altar pemujaan yang mempunyai beberapa tengkorak manusia. Jika dilihat dari bentuknya, bukanlah altar keagamaan yang biasanya ada dirumah-rumah ibadat atau rumah yang penghuninya bukan Islam. Altar tersebut dikhususkan untuk memuja tengkorak-tengkorak yang ada. Alex sendiri sudah hilang identity agamanya. Lilin-lilin dan colok-colok berselerakan diatas altar tersebut yang membuktikan komitmen penghuni rumah itu dalam mematuhi ritual khurafat itu.

Ada sepuluh orang semuanya di dalam kondominium Alex, termasuk mereka bertiga. Judin dan Yakob kekenyangan menjamah hidangan yang dibawa oleh pembantu Alex silih berganti. Ada sahaja masakan sedap-sedap yang disajikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience