BAB 13

Thriller Completed 2169

Mereka yang telah menyedut serbuk tadi mulai mencari haluan masing-masing. Termasuk juga dua lelaki yang menjadi pengawal kepada Alex. Alex sudah awal-awal lagi terbaring ditengah-tengah ruang tamu rumahnya. Dengkuran tidurnya kedengaran semakin kuat.

Lan menjadi individu yang terakhir menyedut. Sebelum itu dia terlihat kelibat lelaki kurus yang berjalan mengelilingi alex beberapa kali. Lelaki yang kurus kering itu hanya berambut panjang dan hanya bercawat. Beberapa kali kakinya bersentuhan dengan kepala Alex tetapi langsung tidak bergerak. Lan mulanya agak gementar tetapi kembali tenang setelah menyedut serbuk yang diberikan Alex. Mulanya dia berasa sedikit berat di kepala sebelum berasa sedikit panas pada bahagian ubun-ubun. Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap.

“Lan bangun..bangun” Sayup-sayup kedengaran suara dicorong telingannya. Kakinya turut berasa seperti ada tangan yang menggoyang-goyangkan jari jemari kakinya. Matanya dibuka perlahan –lahan. Kondominium Alex kini hanya diterangi oleh lampu limpah yang terpasang d iluar kondominium. Mereka kegelapan tidak ada sesiapa pun yang membuka suis lampu. Lan meraba ke dalam poket seluarnya mengeluarkan telefon bimbit. Dan lampu suluh pada telefon bimbit itu dinyalakan. Seimbas lalu dia melihat jam pada skrin yang menunjukkan pukul 2.00 pagi. Kepalanya masih lagi terasa berat kerana kesan dadah yang diambilnya masih bersisa.

Cahaya lampu dari telefon Lan menjalar ke seluruh kawasan. Ruang tamu, yang siang tadinya menjadi tempat mereka semua berkumpul kini sepi. Yang ada hanya bekas-bekas makanan dan sampah sarap yang bertaburan. Suasana di dalam rumah sungguh sepi. Yang kedengaran hanya bunyi-bunyi kenderaan yang bertali arus di jalan raya berhampiran. Ada juga bau bauan yang kurang enak memenuhi seluruh kondominium itu. Sesekali terbau seakan daging terbakar hangit.

Setelah puas mencari-cari, akhirnya Lan ketemu kotak suis berhampiran dengan pintu utama. Semua lampu kemudiannya dinyalakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience