BAB 8

Thriller Completed 2169

“Assalamulaikum Mak” sempat lagi Ilham mengusap batu nisan kubur ibunya yang ada bersebelahan.

“Celaka!” Jerit Yakob apabila mata cangkul tertancap ibu jari kaki kanannya. Berjengket-jengket dia ke tepi. Ilham cuak melihat darah yang membuak-buak menitis dari kaki sahabatnya itu. Lan menghulurkan tuala untuk dia membalut lukanya.

“Teruk ke?” Tanya Lan dari atas. Yakob hanya berteleku membalut luka tanpa menjawab. Setelah beberapa minit dia kembali membantu Ilham menggali.

“Dah Jumpa ni” Jerit Ilham sebaik melihat cebisan kain kapan reput yang kekuningan. Dia meletakkan cangkul dan menguis perlahan-lahan di kawasan sekitar cebisan kain tersebut. Yakob pun segera menghulur tangan. Rangka manusia yang terbungkus di dalam cebisan kain tadi mulai kelihatan. Lan yang melihat dari atas tersenyum gembira. Dia menghulur guni untuk mereka memasukkan rangka dan tengkorak Dahlan Sepet.

Angin yang tadinya sepoi-sepoi bahasa mula bertukar kencang. Debu-debu dari tanah yang digali tadi mula berselerakan ditiup angin. Bunyi daun-daun sawit di kawasan berhampiran yang berlaga ditiup angin turut jelas kedengaran. Dahlan yang tadinya tenang mula menggenggam azimatnya kuat-kuat. Dia berasa sudah tidak selamat.

“Kutip semua tulang yang ada. Jangan tertinggal satu pun” arahnya. Mereka mula terasa seolah-olah ada mata-mata ghaib yang merenung dari sekeliling kawasan kubur tersebut. Semakin lama angin yang datang semakin kuat dengan diikuti oleh hujan renyai-renyai. Suhu sejuk mula terasa hingga mencengkam tulang sum-sum.

Yakob dan Ilham bingkas keluar dari lubang kubur dan mula menimbus dari atas. Guni yang berisi tulang temulang Dahlan Keli dibiarkan basah disirami hujan. Lan sudah mula bergegas mahu pulang ke keretanya. Dia tidak mahu perkara yang bukan-bukan terjadi pada malam ini.

Sebaik kubur ditimbus, Ilham memikul guni yang mengandungi tulang temulang Dahlan Sepet. Yakob pula menjinjing peralatan yang mereka bawa tadi. Lan yang berada dihadapan mulai berlari-lari anak melangkahi kubur-kubur yang ada. Sekarang mereka berasa seolah-olah diekori dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience