Bab 4

Superhero Completed 5939

BAB 4

Bumi tempat yang begitu asing buat Noah. Di kiri dan kanannya terdapat begitu banyak bangunan yang tinggi. Udara di sini juga tidak segar seperti Ace Kingdom. Mungkin disebabkan benda yang memenuhi jalan ini. Noah tidak tahu benda apakah yang lalu lalang memenuhi jalan ketika itu. Di Ace Kingdom, mereka semua akan berjalan atau terbang untuk ke sesuatu tempat.

Noah memandang pakaiannya. Sungguh tidak sesuai. Dia memetik jarinya lalu kini pakaiannya sudah berubah. Dia mengatur langkah perlahan. Orang ramai yang lalu lalang membuatkan Noah rimas. Kini dia di hadapan sebuah bangunan yang tertulis 'HOTEL'. Dia tahu bahawa hotel adalah tempat untuk tidur setelah menggunakan kuasa pengimbasnya. Perlahan-lahan Noah ke arah kaunter.

"Yes sir, may i help you?" Ujar gadis di kaunter tersenyum. Muka Noah yang ala-ala mat salleh itu menyebabkan penyambut tetamu itu menyangka Noah adalah pelancong asing.

"I need a room." Ujar Noah.

"May I know your name sir" ujar si penyambut tetamu.

Noah mula memukau gadis itu. Dia harus segara mendapatkan tempat tidur kerana malam sudah hampir menjelma. Gadis itu menghulurkan kunci bilik kepada Noah tanpa banyak bicara setelah dipukau. Kemudian dia berjalan ke arah sebuah kotak yang aneh. Apabila kotak itu terbuka, orang lain yang masuk terus hilang. Noah menggaru kepalanya. Hebat betul magis penduduk bumi.

Kini Noah berada di dalam biliknya, berbeza betul dengan biliknya di Ace Kingdom. Dia menitiskan posyen yang di berikan oleh Ken ke atas tatoonya. Malam kini menjelma, Noah mula merasa kelainan. Badannya sakit tapi dia tidak bertukar menjadi serigala.

Noah menggelupar di atas katil. Tubuhnya panas. Dia dahagakan darah. Memang posyen itu tidak menukarnya tapi deria serigala masih ada. Noah melompat ke atas tingkap yang terbuka. Kini dia berada di tingkat 15. Dia mengeluarkan bunyi serigala apabila ternampak bulan.

Di bawah dia ternampak seorang gadis sedang menyusuri sebuah lorong. Dia dapat menghidu bau darah yang kuat. Nafsunya melonjak-lonjak. Noah melompat ke bawah. Jalan tar di bawah retak apabila Noah mendarat. Matanya berwarna merah. Langkahnya dilajukan mendekati gadis tersebut.

Noah merentap tangan gadis itu kuat. Patutlah darahnya berbau kuat, rupanya gadis itu tercedera di bahagian kaki. Gadis itu cuba melawan tapi kekuatannya tidak setanding Noah. Taring Noah mula dikeluarkan. Kukunya yang tajam juga keluar. Dia mendekatkan wajahnya pada leher gadis itu.

"Lepaskan aku. Kau ni species apa ha" jerit gadis itu.

Noah tidak menghiraukan jeritan gadis itu malah membenamkan taringnya ke leher gadis malang itu. Ini pertama kali Noah menghisap darah. Dia merasakan kepuasan yang teramat sangat.

Gadis malang itu jatuh terkulai. Dia tiada tenaga lagi. Perlahan-lahan jarinya menyentuh tatoo Noah. Terpancar satu cahaya yang terang. Noah segera melepaskan gadis itu lalu menggelupar kesakitan.

Gadis itu menyentuh kesan taring Noah. Dia harus megubatinya sebelum dia turut bertukar menjadi serigala. Perlahan-lahan luka yang dialami oleh gadis itu sembuh. Dia memandang Noah yang sudah tidak sedarkan diri. Entah mengapa hatinya mengatakan dia harus menolong lelaki itu. Gadis itu menarik Noah. Dia tak mampu nak mengangkat Noah. Lelaki itu lebih besar dan tinggi darinya. Kini mereka memasuki sebuah hutan yang asing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience