Bab 1

Superhero Completed 5939

BAB 1

Kedengaran suara serigala putih yang menahan kesakitan bergema di setiap ruang istana. Langit begitu cerah pada malam itu, tiada awan yang menghalang pancaran cahaya bulan purnama. Sang serigala mula mengganas. Kakinya yang dirantai ditarik-tarik. Dia perlukan darah untuk mengubati sakitnya. Pagar besi yang mengurungnya ditendang kuat.

Pengawal yang mengawalnya ketakutan. Sepasang mata merah seperti darah menatap pengawal tersebut. Perlahan-lahan bulan purnama menghilang di sebalik awan. Sang serigala jatuh keletihan. Sedikit demi sedikit bulu di tubuhnya menghilang dan berubah menjadi manusia. Pengawal tersebut mendapatkan manusia di dalam pagar besi itu.

"Help me Louis" pinta si manusia sebelum pengsan di tangan pengawal bernama Louis.

*********

Noah terjaga dari tidurnya. Dia berada di atas katil di dalam biliknya. Badannya terasa sakit. Dia mengangkat tangannya dan kesan lebam penuh di situ. Dia menyentuh tatoo di bahunya. Tatoo yang mengheret dia ke dalam sumpahan mengerikan.

"Good Morning Noah" sapa si ibu ceria. Cukup ceria untuk menutup kerisauan hatinya terhadap anaknya.

"Noah tak sanggup hidup begini. Noah sakit bonda. Kenapa sumpahan ini terkena pada Noah." Air mata jantannya mengalir mengenang nasib diri.

Si ibu memeluk Noah untuk menenangkan anaknya. Sayu hatinya apabila terpaksa melihat anaknya menderita setiap kali bulan purnama.

"Percayalah Noah. Sumpahan ini akan berakhir. Noah kena kuat. Jom kita ke bawah. Ayahanda dah tunggu" ujar si ibu berlalu pergi.

Noah turun dari katilnya lalu menuju ke tandas. Selesai membersihkan diri, Noah memakai pakaian diraja serba putih. Di Ace Kingdom warna putih merupakan warna rasmi. Kebanyakan rakyat Ace Kingdom juga akan memakai warna putih.

Langkah kakinya diatur perlahan menuruni anak tangga. Kakinya sakit kesan dari diikat dengan rantai besi semalam. Noah berhenti melangkah. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Sepasang sayap putih muncul di belakangnya. Sayap dilebarkan lalu dia terbang ke bawah.

"Noah, kan ayahanda pesan jangan terbang dalam istana." Tegur si ayah.

Noah menundukkan kepalanya. Dia memetik jari lalu sayap tersebut hilang. Meja makan di depannya dipenuhi makanan berasaskan sayur-sayuran dan tumbuhan. Tiada seorang pun rakyat Ace Kingdom dibenarkan makan makanan berdarah.

Efron dan Ken iaitu kembar Noah turut mengambil tempat di meja makan.

"Ayahanda, hari ini Efron akan menamatkan latihan pedang diraja." Ujar Efron.

Si ayah tersenyum. Kesemua anak-anaknya mempunyai kemahiran masing-masing. Efron dihantar belajar bermain pedang ketika berusia lima tahun. Ken pula mahir dalam ilmu perubatan. Noah mahir dalam magis.

"Minggu hadapan, ayahanda akan adakan majlis pertabalan putera raja Ace Kingdom kerana kamu semua sudah tamat belajar semua bidang kamu." Ujar si ayah.

Noah memetik jarinya. Mangkuk berisi buah kiwi melayang ke arahnya. Dia mencapai buah tersebut lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Tidak kurangnya Efron dan Ken, mereka juga menggunakan magis mereka. Cuma magis mereka terbatas dan tidak sehebat Noah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience