Bab 11

Superhero Completed 5939

BAB 11

Ken,Efron,Noah dan Eva bermalam di Black Forest berhampiran dengan sebatang sungai yang beku. Noah tidak banyak bercakap kerana kekuatannya hilang sebaik saja memasuki Black Forest. Eva mengusap pisau belati miliknya. Sebenarnya dia risaukan keadaan Noah yang semakin teruk. Kuasanya hanya boleh mengurangkan rasa sakit Noah saja.

"Hai" sapa Ken sambil duduk di sebelah Eva.

Eva hanya tersenyum sambil mengusap telapak tangannya untuk menghasilkan haba.

"Terima kasih sudi jagakan Noah." Ujar Ken perlahan.

"Tak apa. Sudah menjadi tanggungjawab saya berbakti kepada keturunan diraja Ace Kingdom." Balas Eva sopan.

Efron pula sibuk menjaga Noah yang masih belum stabil. Perlahan-lahan Efron mencapai beberapa helaian daun di atas tanah. Kemudian dia menukar daun-daun itu menjadi sehelai kain untuk menyelimuti tubuh Noah.

"Esok pagi kita akan mencari air suci. Perjalanan kita sudah tidak jauh. Jadi berehatlah. Saya akan jaga Noah" ujar Efron.

************

Ken dan Efron bersama-sama memapah Noah. Eva pula mengikuti langkah tiga orang itu dari belakang. Tiba-tiba rambut Noah bertukar menjadi kelabu apabila mereka memasuki kawasan yang dipenuhi mawar berduri. Noah mengerang kesakitan. Hidungnya mula mengeluarkan darah.

"Aku tak mampu lagi. Sakit...." ujar Noah.

Ken segera mengeluarkan posyen ajaib lalu dihulurkan kepada Noah. Eva seperti biasa akan menenangkan Noah dan cuba mengurangkan rasa sakit Noah. Efron membaringkan Noah di atas timbunan daun. Keadaan Noah semakin membimbangkan.

"Eva jaga Noah di sini. Saya dan Ken akan pergi dapatkan air suci. Noah dah tak boleh banyak bergerak" ujar Efron lalu mengeluarkan pedangnya.

Kedua-dua putera itu meneruskan perjalanan di dalam Black Forest. Begitu banyak rintangan yang mereka hadapi apabila semakin hampir dengan tempat air suci.

****************

"Kali ini, putera itu akan kekal menjadi serigala jadiah. Hahahaha !" Gelak si nenek tua bergema di dalam sebuah gua pertapaan.

Perlahan-lahan wajah dan tubuhnya bertukar menjadi witch.

"Jika Eva gagal buatkan si putera bodoh itu minum air itu, nyawanya pula akan ku cabut" ujar witch itu lagi.

Tidak sia-sia juga dia menculik Eva dari Ace Kingdom dulu. Rancangan untuk menghancurkan keturunan diraja Ace Kingdom hampir berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience