Bab 6

Superhero Completed 5939

BAB 6

Noah dan Eva bersiap sedia untuk ke Black Forest. Tapi mereka tidak dapat bertolak lagi kerana hari sudah malam. Noah menggunakan posyen pemberian Ken. Dia mengerang kesakitan di dalam khemah. Jeritannya boleh didengari di setiap sudut hutan itu.

Eva melangkah masuk ke dalam khemah Noah. Kasihan dia melihat lelaki itu. Dia mendekatkan dirinya pada Noah tapi Noah pula menjauhkan diri. Risau jika dia akan menyakiti Eva.

"Pergi dari sini. Awak mungkin cedera" ujar Noah sambil mengerang kesakitan.

Eva tidak mempedulikan kata-kata Noah malah dia menarik Noah ke dalam pelukannya. Jarinya menyentuh tatoo sumpahan Noah. Terbit satu cahaya terang. Noah merasakan dirinya selamat di dalam pelukan Eva. Sakitnya juga hilang. Perlahan-lahan Noah menutup matanya.

"Tidurlah putera. Awak takkan sakit bila dengan saya" Eva mengusap kepala Noah lalu membaringkan lelaki itu ke atas pangkin.

Eva berlalu keluar dari khemah. Langkahnya diatur menuju ke arah anak sungai. Malam itu terasa dingin sekali. Sesekali terdengar bunyi-bunyi burung hantu yang bertenggek di atas pokok.

Dia menyeluk poket baju sejuknya lalu seutas rantai emas putih dikeluarkan. Loket berbentuk serangga labah-labah itu diusap perlahan. Entah mengapa dia rindukan tempat asalnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Rantai itu pemberian ibunya sebelum dia diculik oleh witch.

"Kamu ni dah kenapa Eva. Termenung saja" ujar nenek sambil duduk di sebelah gadis itu.

Eva segera menyimpan rantainya lantas kepalanya digeleng perlahan. Dia menggosok-gosok telapak tangannya.

"Ingat Eva. Kamu kena pastikan Putera Noah minum air tu ya" ujar nenek lagi.

Eva mengangguk lagi.

**********

Noah terjaga dari tidurnya. Kepalanya amat sakit. Perlahan-lahan Noah turun dari pangkin dan keluar dari khemah.

"Dah sedar ya. Mari makan" Eva menatang sepinggan buah-buahan menuju ke sebuah meja kayu di tepi sungai.

Noah memandang kosong ke arah buah-buahan. Kepalanya semakin sakit. Dia meletakkan kepalanya ke atas meja.

Eva yang perasan keadaan Noah segera mendekati lelaki itu. Dia memegang kepala Noah perlahan-lahan. Matanya dipejam.

"Dah okay sikit?" Soal Eva selepas melepaskaN kepala Noah.

Lelaki itu mengangguk kepalanya. Noah memetik jarinya. Sungguh dia begitu malas hendak mencapai buah-buahan di hadapannya. Satu persatu buah anggur terapung ke dalam mulutnya. Eva hanya tersenyum melihat gelagat lelaki itu.

"Lepas ini awak pergi bersihkan diri. Awak ikut anak sungai ini. Nanti awak akan jumpa kawasan air terjun" ujar Eva. Noah bangun meninggalkan Eva lalu bergerak ke kawasan air terjun.

Dia menarik nafas. Udara di situ sangat segar. Tanpa menunggu lebih lama, Noah melompat ke dalam sungai. Airnya amat sejuk tapi bagi Noah biasa saja kerana air di Ace Kingdom lagilah sejuk. Dia berenang ke hulu dan ke hilir.

"Sudahlah tu. Nanti berendam lama. Awak akan sakit. Ambil tuala ni dan pakaian ini untuk awak" ujar Eva sambil meletakkan tuala dan pakaian untuk Noah di atas sebuah batu besar.

Noah segera keluar dari air. Dia sedar mereka masih perlu mengharungi perjalanan yang jauh. Tuala dicapai lalu dia mengeringkan rambut. Eva mengalihkan perhatiannya ke arah lain. Dia berasa malu melihat Noah yang hanya memakai seluar pendek. Tanpa menghiraukan lelaki itu, dia melangkah ke arah khemah untuk mengambil barang-barangnya.

Noah menyarungkan sehelai seluar dan sepasang baju sejuk berhud. Kemudian dia melihat kakinya, jarinya digerak-gerakkan. Dia tidak ada kasut.

"Esparatesss" sepasang kasut bertutup muncul di kakinya.

Noah berjalan ke khemah kembali. Dia sudah nampak Eva sedang menunggunya di meja kayu. Langkahnya dilajukan.

"Saya dah siap. Jom" ujar Noah.

Eva turut bangun. Kini hala tuju mereka adalah Black Forest yang terletak jauh dari tempat mereka sekarang.

"Mana nenek. Awak tak nak ucap selamat tinggal dulu" soal Noah.

Eva menggeleng kepalanya lalu melajukan langkahnya. Tiba-tiba Eva merasakan badannya terapung. Dia melihat ke atas, rupanya Noah sedang membawanya terbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience