Bab 13

Superhero Completed 5939

BAB 13

Witch mengangkat tangannya ke udara dan muncul sekumpulan tentera yang diperbuat dari ais. Saiz tentera ais itu lebih besar dari Noah dan yang lain-lain.

"Aku dan Ken akan uruskan tentera ini. Kau uruskan witch" jerit Efron pada Noah.

Noah mengangguk. Ken melemparkan bebola api ke arah tentera ais. Tentera ais mencair dengan pantas tapi malangnya ia terbentuk semula.

"Efron, awak mesti tikam kepala si ais tu." Ujar Eva sambil menunjuk ke arah kepala tentera ais yang bercahaya.

Efron melebarkan sayapnya lalu terbang ke atas kepala tentera ais. Setiap satunya ditikam menggunakan pedang sakti miliknya. Tiba-tiba ada seekor raksasa muncul dari bawah timbunan salji. Kukunya yang panjang dan tajam telah menusuk perut Efron.

"Efron !" jerit Ken kuat sebelum mendapatkan kembarnya yang terlantar di atas salji.

Raksasa itu mula mendekati Eva. Langkahnya dilajukan apabila Eva melarikan diri. Noah memandang ke arah Efron. Hatinya sakit sangat apabila melihat saudaranya kesakitan. Seluruh tubuhnya mengeluarkan api. Dia terbang laju ke arah raksasa lalu menembusi tubuh raksasa dengan kelajuan cahaya.

"Kau tak guna Noah!" jerit witch lalu meluru ke arah Noah. Belum sempat dia berbuat demikian, tubuhnya terbelah dua lalu witch jatuh menyembah bumi.

Eva menangis teresak-esak sambil memegang pisau belatinya yang dipenuhi darah. Hatinya puas setelah dapat membunuh witch dengan tangannya. Dendamnya terhadap witch terbalas jua. Noah yang mula tenang mendekati Eva lalu memeluk gadis malang itu.

"Saya perlu selamatkan Efron" Eva meleraikan pelukan sambil mengesat air matanya.

Eva mendekati Efron yang dipangku oleh Ken. Kecederaan Efron agak teruk. Tangannya diletakkan pada perut Efron lalu ada cahaya muncul.

***************

Ketiga-tiga putera terbang di udara lalu membentuk sebuah lubang besar dengan kuasa magis mereka. Lubang itu dipenuhi duri tajam. Noah mengangkat tubuh witch dengan kuasanya lalu dihumban ke dalam lubang tersebut. Tubuh itu perlu dipenjarakan dengan magis kerana witch itu akan hidup bila-bila masa saja.

"tugas kita di bumi dah selesai. Marilah kita pulang ke Ace Kingdom" ujar Efron bersungguh-sungguh.

Noah meraup wajahnya kasar. Sumpahan pada dirinya belum berakhir lagi. Tak mungkin dia akan pulang ke Ace Kingdom.

"Noah, sumpahan awak dah bertukar menjadi kuasa dalam diri awak." ujar Eva seakan memahami isi hati Noah.

"Tapi saya nak jadi manusia normal."

Ken dan Efron memeluk Noah.

"Kau istimewa Noah. Semua warga Ace Kingdom akan terima kau. Percayalah"

Kembar bertiga melebarkan sayap mereka dan sudah bersedia untuk terbang pulang. Noah mencapai tangan Eva lalu ditarik perlahan gadis itu ke dalam pelukan. Destinasi mereka kini ialah Ace Kingdom.

"Akhirnya, aku pulang juga" getus hati Eva sambil mengemaskan tangannya merangkul leher Noah yang sedang terbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience