Bab 7

Superhero Completed 5939

BAB 7

Setelah lama mereka terbang, Noah akhirnya mendarat ke tanah. Mungkin dia keletihan. Noah memetik jarinya lalu sayap pun hilang.

"Awak tahu ke laluan ke Black Forest" ujar Noah kerana semenjak mereka terbang tadi, dia hanya mengikut kata hatinya saja.

Eva mengangguk lalu dia menarik tangan Noah. Kini mereka berada di hadapan sebuah gua. Laju saja Eva melangkah masuk ke dalam gua tersebut. Noah pula masih teragak-agak.

Di dalam gua itu tiada apa-apa melainkan dinding batu yang tiada penghujung. Noah menyentuh dinding gua tersebut. Hatinya kuat mengatakan ada dunia lain di sebalik dinding itu. Dia meraba-raba lagi dinding itu. Akhirnya dia tersentuh sebuat lekuk yang sepadan dengan tangannya. Perlahan-lahan dinding gua terbuka. Terpancar satu cahaya yang amat terang dari situ.

Eva dan Noah menutup mata mereka. Kedua-dua mereka terlopong melihat salji yang penuh di hadapan mereka. Semuanya putih diliputi salji. Noah menapak perlahan. Dia tidak merasa sejuk pun kerana tubunya sudah dilindungi magis haba.

Mereka bersama-sama melangkah lebih jauh lagi ke dalam dunia baru itu. Kini mereka sedang menyusuri sebatang sungai yang beku. Noah meletakkan tangannya pada kasutnya. Perlahan-lahan muncul ais seperti kasut meluncur. Eva ketawa melihat magis Noah pada kali ini.

"Do you wanna build a snowman" jerit Eva tetiba. Dengarnya seperti nyanyian juga.

"Apa" soal Noah bingung.

"Awak ni Elsa ja. Acah-acah Frozen plak" ketawa Eva semakin menjadi-jadi.

Noah memeluk tubuh. Elsa? Frozen? Apa tu. Adakah sejenis makhluk bumi yang dia tidak tahu.

"Alah, Elsa tu watak animasi dalam cerita Frozen tu la. Dia ada kuasa ais macam awak ni lah" Eva ketawa lagi.

Noah menjulingkan matanya. Malas dia nak melayan Eva yang begitu galak mengetawakannya.

Perjalanan diteruskan lagi. Noah dan Eva meluncur mengikuti arus sungai yang beku. Tiada satu tumbuhan pun di situ melainkan salji tebal. Eva mula kesejukan. Dia tidak dapat menahan kesejukan yang amat sangat itu. Bibirnya mula pucat.

Noah yang perasan akan keadaan Eva segera menanggalkan baju sejuknya lalu diserahkan kepada Eva. Tapi Eva enggan menerimanya kerana dia risau Noah akan kesejukan. Noah tetap berdegil, dia terus menyarungkan baju sejuknya ke tubuh Eva.

Eva mengangkat keningnya. Pelik juga dia melihat Noah, dah la tak berbaju kemudian dia boleh saja berlari-lari di dalam keadaan yang sejuk itu. Tubuh Noah pula sering mengeluarkan peluh. Benarlah, Noah ni si Elsa versi lelaki.

**************

Mereka berhenti di hadapan sebuah gua lagi. Kali ini gua ini akan digunakan sebagai tempat perlindungan buat mereka. Memandangkan hari sudah hampir malam, mereka perlu mencari tempat untuk berteduh.

Noah menyendiri lagi selepas menggunakan posyen tersebut. Tapi Eva masih setia di sisinya. Tubuh Noah dipeluk Eva erat. Seperti biasa Eva akan menghilangkan rasa sakit Noah.

Eva menanggalkan baju sejuk Noah lalu menyelimuti tubuh lelaki itu. Tangannya mencapai beberapa ranting kayu dan rumput kering di hadapannya lalu dihimpunkan di suatu tempat. Dia melambaikan-lambaikan jarinya perlahan lalu api pun terhasil.

"Eva...." panggil Noah perlahan. Keadaannya amat lemah sekarang. Tambahan pula malam ini bulan mengambang penuh. Eva memalingkan wajahnya pada Noah.

"Maaf, aku selalu menyusahkan kau" Ujar Noah lagi. Eva tersenyum lalu menepuk bahu Noah mengisyaratkan supaya lelaki itu kembali tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience