Bab 6

Romance Series 15876

Bab 6

Farah yang mendapat tahu mengenai Umairah lantas pergi ke Hospital. Apabila melihat wajah Aidil dia lantas ke arah lelaki itu. Melihat wajah kusut itu membuatkan Farah sedikit cemas. Pada masa yang sama Doktor keluar dari bilik pemindahan.

“Siapa keluarga pesakit?” soal Doktor.

“Saya suami pesakit Doktor. Macam mana isteri saya Doktor?” soal Aidil cemas.

“Saya dah cuba sedaya upaya, anak encik tak dapat di selamatkan.”

“Isteri saya Doktor macam mana dengan isteri saya doktor?” soal Aidil laju.

“Keadaan pesakit yang menanggung kesakitan terlalu lama membuatkan kondisi pesakit tidak menentu. Kehilangan darah juga memberi implikasi, jadi encik berdoa banyak-banyak supaya isteri encik selamat. Kami sudah melakukan yang terbaik dan hanya Allah sahaja yang akan membantu,” Doktor itu menepuk bahu Aidil lembut.

“Farah!!!! Mairah macam mana?? Mairah??? Mairah???” soal Iqram yang baru sahaja muncul lantas memegang bahu Farah.

“Apa kau buat dekat sini hah setan. Kau penyebab semua ni berlaku tahu, kau buat Mairah menderita tahu. Aku yakin bila Mairah sedar nanti dia tak nak tengok muka kau. Baik kau berambus pergi!!!!” jerit Farah dengan muka yang merah padam.

“Apa semua ni?” soal Aidil pelik. Farah memandang wajah di hadapannya berselang seli. Geram dengan ke duanya sekali. Dia harus membela nasib Umairah. Ya sekarang masanya.

“Kalau awak nak tahu, Mairah yang awak anggap perempuan murahan tu adalah perempuan paling mulia yang saya pernah jumpa. Lelaki bodoh macam awak je yang melepaskan wanita sebaik dirinya. Ni lelaki durjana yang buat hidup Umairah tunggang langgang, dia rogol Umairah dia ni penyebab Umairah di buang keluarga. Dia di hina suaminya sendiri. Aku nampak wajah Umairah yang cuba tersenyum di depan aku tapi semuanya pudar tak bermaya..” Farah menangis kecil lantas mengelap air matanya.

“Dan kau berani datang setelah apa yang kau dah buat pada dia??? Eahhhh berambuslah aku kenal Umairah bila dia dah benci muka kau pun dia takkan nak pandang tahu.”

“Aku cintakan dia,” lemah bicara Iqram.

“Cinta kau kata itu semua dendam kau sebab Umairah tak cintakan kau. Dia lebih sukakan abang kau kan. Kau cemburu jadi kau sanggup rogol dia demi kepentingan kau. Kau memang zalim tahu tak!!!” jerit Farah. Aidil lantas menumbuk wajah Iqram di hadapannya. Kebetulan mama dan papa Umairah datang lantas mata mereka mencerlung pada wajah Iqram.

“Berambus dan jangan tunjuk muka kau dekat keluarga kami lagi sebelum aku sumbat kau dalam penjara. Berambus!!!!” jerit Encik Adham. Iqram memandang bilik Umairah kemudian melangkah pergi dengan lemah. Maafkan aku Mairah, bisik hati Iqram lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience