Bab 1

Romance Series 15876

MUNGKIN INI JALANKU
Oleh: DS MIRA

Bab 1

"Aku tak nak tengok muka kau lagi faham!!!!” jerit suara Encik Adham ke arah Umairah yang lengkap berpakaian pengantin di hadapannya.

“Papa jangan buat Mairah macam ni, Mairah minta maaf tapi tolong jangan buang Mairah dalam hidup papa,” Umairah sudah merayu sambil melutut di kaki papanya. Mencerlung mata Encik Adham memandang wajah anaknya.

“Jangan panggil aku papa faham, aku malu ada anak macam kau. Kenapalah kau tak mati dari kecil je. Dengar sini mulai sekarang kau berambus keluar, nasib baik ada mak long kau tahu kalau tak siapa nak jadi pak sanggup untuk anak dalam perut kau tu. Cakap kat aku hah,” jerkah Encik Adham kuat sambil menendang tubuh Umairah kuat.

“Papa..”

“Berambus, aku dah tak nak dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut kau,” Encik Adham melangkah pergi. Umairah hanya mampu melihat langkah itu dengan hati yang sayu. Tangannya meraup mukanya kesah. Ke mana dia harus pergi, keluarganya sudah buang dirinya. Suami??? Adakah Aidil akan menerimanya??? Ya Allah bantu lah aku.

“Mairah,” panggil suara itu lembut. Umairah lantas memandang wajah itu sayu serta merta air matanya semakin deras. Ya ini lah wajah kedua yang menerima dirinya. Mak long, malunya hanya dirinya sahaja yang tahu.

“Mak Long mana Mairah nak pergi, papa dah buang Mairah. Mama tak nak pandang Mairah langsung,” adu ku kepada dirinya.

“Mairah sekarang menantu ibu tentulah Mairah kena ikut ibu balik rumah. Jangan risau ibu selalu dengan Mairah ye. Marilah kita balik rumah ibu,” Mak long membantu Umairah bangun sambil memapah keluar dari rumah mewah itu.

Samapi di rumah banglo dua tingkat itu Umairah terpaku. Benarkah tindakannya yang mengikuti Mak Longnya ke rumah itu??? Bagaimana reaksi Aidil nanti. Umairah terasa mahu lari jauh dari semua ini.

“Bilik Mairah tu kat bilik abang Aidil, Mairah tahukan bilik abang dekat mana?” soal Mak Long membuatkan Umairah serba salah. Takkan nak geleng sedangkan dia tahu bilik lelaki itu. Lantas Umairah mengangguk kepalanya lemah. Kakinya di hayun perlahan bagai mahu dan tidak mahu sahaja. Sampai di hadapan bilik itu Umairah mengetuk pintu bilik setelah mendapat kebenaran baru di kuak pintu.
Mata yang berada di atas tilam itu terus memandang tajam bagaikan mahu menelan dirinya hidup-hidup. Umairah terasa dirinya melakukan satu keputusan yang salah. Pintu di tutup dan Umairah masih berdiri di hadapan pintu. Lama keadaan hanya sunyi sepi dan Umairah memberanikan dirinya melangkah ke sofa di hujung bilik itu.

“Siapa bagi kau kebenaran nak duduk kat sofa aku??? Eah perempuan jijik macam kau ni tak layak tahu kalau nak ikut jejak kaki kat rumah aku pun kau tak layak,” suara itu deras menampar telinganya. Umairah menahan dirinya sambil matanya di pejam mencari ketenangan.

“Eiiii kau ni tak faham ke. Aku tak benarkan kau duduk kat sofa aku ni faham!!!!” jerkah suara itu sambil menarik tangan Umairah kuat supaya bangun dari duduknya. Umairah hanya membuat wajah tanpa perasaannya sahaja.

“Eah kenapa kau nak susahkan hidup aku hah??? Mana lelaki yang buntingkan kau!!!! Cakap kat aku, kau ni memang tak guna tahu tak mempergunakan aku. Eah kau ni nak cium kaki aku pun tak layak tahu. Aku benci perempuan murah macam kau ni!!!” Umairah memejamkan matanya menerima segala cacian yang di lemparkan. Ya kerana dirinya sepupunya kini terpaksa berkahwin dengan dirinya. Ya Allah aku terlalu banyak menyusahkan semua orang di sekeliling ku. Aidil memandang wajah di hadapannya ini, dia benci melihat ketenangan pada wajah itu. Dia mahu wanita itu merayu kepadanya.

“Cakap kat aku lah, jangan buat wajah tak bersalah kau ni,” Aidil lantas menampar pipi gebu di hadapannya. Umairah menggigit bibirnya menahan kesakitan yang menjalar di wajahnya kini. Aidil melihat wajah di hadapannya langsung tiada air mata. Tamparan kali kedua di berikan kali ini membuatkan Umairah tidak dapat mengimbangan dirinya. Entah di mana silapnya kepala Umairah terhantuk bucu meja, lantas matanya di pejam celik menghilangkan rasa sakit. Tangannya menyentuh tempat yang sakit kemudian Umairah ternampak darah di tangannya.

“Ini balasan untuk kau. Jangan ingat semuanya berakhir di sini faham. Aku nak kau hidup terseksa sampai kau akan menyesali apa yang kau dah buat lepas tu menyusahkan hidup aku ni faham!!!!” jerkah Aidil sambil melangkah ke katilnya. Matanya terus di pejam tanpa rasa bersalah.

Umairah memejam celikkan matanya, kepalanya terasa berat dan semakin berat. Sekelip mata dunianya terasa gelap gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience