Bab 4

Romance Series 15876

Bab 4

Umairah memandang mempelai yang indah bersanding di persandiangan yang gah itu. Senyuman tawar di berikan lemah. Semoga mereka bergembira, dari jauh matanya meliar memandang wajah Datin Khadijah yang mesra melayan tetamu yang hadir begitu juga Dato Khairul. Perlahan kakinya menapak masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Aidil dan Salina secara mutlak selepas ini. Dirinya sendiri yang setuju berpindah bilik.

Handphone yang berbunyi di pandang sepi, di lihat nama itu dengan keluhan kecil. Bila panggilan itu mengganggunya terlalu lama lantas di angkat.

“Mairah… I’m sorry about that night,” Umairah menahan air matanya dari mengalir.

“Mairah aku janji aku akan bertanggungjawab, maaf Mairah aku buat macam tu sebab aku sayangkan kau cuma kau yang tak faham. Kenapa kau nampak abang Iskandar dari aku ni yang selalu ada kat depan mata kau. Aku cintakan kau. Please Mairah kita kahwin okey.”

“Cinta , kasih dan sayang tak boleh di paksa Iqram. Aku benci kau sebab kau dah ragut semua maruah aku. Aku dah tak boleh percayakan lelaki macam kau lagi. Cukuplah aku tak buat report polis dan aku harap kau takkan ganggu kehidupan aku lagi. Jangan risau aku takkan berhubung dengan abang Iskandar lagi.”

“Mairah please aku tak boleh hidup tanpa kau, aku rindukan kau. Please terima aku.”

“Jangan ganggu aku lagi, aku benci kau…. Aku benci lelaki macam kau, aku benci!!!!” jerit Umairah kemudian menyampak handphonenya ke muka pintu. Berdentum bunyinya di lihat komponen handphonenya sudah berterabur lantas muka di sembam ke bantal dan dia menangis semahunya.

Entah bila dirinya terlelap dan dia menangkap bunyi bising di sebelah biliknya. Umairah memisat matanya. Umairah memandang jam di dindingnya menunjukkan pukul 3.00 pagi. Lama dirinya terlelap lantas dirinya bangun dan menuju ke bilik air mahu menunaikan solat isya’. Seusai itu Umairah terasa lapar lantas dia turun ke bawah mahu menjamah biskut dan susu.

Umairah lantas membawa air susunya dan beberapa keping biskut ke dalam pinggan mahu makan di dalam biliknya. Umairah yang membelok ke tangga naik di langgar menyebabkan air yang di peganganya jatuh tertumpah. Lantas dirinya mengucap laju terkejut dengan situasi itu.

“Mata tu jangan nak letak kat lutut tahu!!! Arghhh semua perempuan menyusahkan dan penipu. Perempuan murah senang-senang nak serah diri dekat lelaki. Lepas tu nak aku bertanggungjawab. Arghh kenapalah malang sangat hidup aku ni. Kenapalah kau ni tak mati je lagi senang hidup aku tak memandang wajah kau ni!!!” jerit Aidil membuatkan Umairah terkejut. Beberapa saudara jauh yang menumpang tersedar dengan bunyi bising memandang dirinya membuatkan wajahnya kebas menahan malu.

Umairah memejam matanya setelah nafas di tarik dirinya tunduk mahu mengutip kaca yang pecah tadi. Tangannya yang luka terkena tajam kaca di biarkan. Hatinya lagi sakit dari luka yang mengalirkan darah ini. Aidil lantas bergerak meninggalkan rumah yang terasa panas.

Sampai di bilik Umairah menangis lemah. Segalanya di lepaskan tangisan hibanya. Kenapa semua ini berlaku kepada dirinya. Kenapa????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience