Bab 8

Romance Series 15876

Bab 8

Dua minggu Umairah di rumah hanya duduk termenung, pelik di rasakan kelibat Salina sudah tidak kelihatan langsung. Umairah sedikit tertekan berada dalam keadaan sebegini. Rasanya sudah tiba masanya dia keluar dari rumah ini. Seminggu ini Aidil bagaikan lari daripada dirinya sahaja.

Umairah melihat beg pakaian yang berada di tepi katil ya keputusannya sudah bulat. Tidak perlulah dirinya mengganggu hubungan suaminya dengan Salina walaupun di hati sudah terbit rasa sayang itu. Umairah lantas masuk ke dalam bilik air mahu membersihkan dirinya.

Sebaik keluar dari bilik air dirinya terkejut melihat tubuh Aidil yang terbaring di atas katilnya. Mata suaminya sudah melekat kepada dirinya, dan baru Umairah perasan dirinya yang hanya bertuala paras peha sahaja. Lantas dirinya berdehem tahu suaminya tiada apa-apa perasaan pada dirinya. Umairah menenangkan dirinya.

“Mairah dah kemas baju Mairah jadi dah tiba masanya Mairah keluar dari rumah ni.” Ujar Mairah sambil melangkah ke arah tilam mencapai baju yang tersedia di situ. Di lihat Aidil hanya memandangnya tanpa suara. Setelah mencapai baju Umairah segera berpusing mahu menyalin baju di tandas. Tanpa di duga tangganya di tarik menyebabkan tubuhnya hilang imbangan.

Dalam sekelip mata dirinya berada di dalam dakapan Aidil yang berbaring di atas katil. Kembang kuncup jantung Umairah melawan getaran yang muncul. Umairah cuba melepaskan diri tetapi pautan di pinggangnya kejap menyebabkan sukar untuk melepaskan diri.

“Aidil???” Umairah memandang pelik.

“I need you sayang. Abang baru sedar yang abang perlukan Umairah bukannya Salina or sesiapa yang lain,” Aidil memandang wajah Umairah yang terkejut dengan bicaranya.

“Awak apa ni, saya tak faham la. Then can you let me go?” pinta Umairah lembut. Aidil menggelengkan kepalanya laju lantas mencium wajah Umairah di setiap inci wajah itu. Umairah yang kelemasan menolak wajah itu jauh dari wajahnya.

“Abang apa ni?” tingkah Umairah geram bila suaminya membuat begitu dengannya. Aidil tersenyum mendengar panggilan itu, mulut Umairah yang muncung itu di cium lembut.

“Kita bina hidup baru sayang, kita mula dari awal. Abang minta maaf atas segala salah abang selama ni,” ungkap Aidil lembut. Umairah mengeluh perlahan.

“Salina macam mana?” soal Umairah.

“Abang dapat tahu dia ada lelaki lain selain abang. Dia curang rupanya dia perempuan simpanan lelaki-lelaki koperat dan abang rasa abang tak perlukan perempuan macam tu untuk jadi isteri abang,” jelas Aidil dengan wajah merah padam.

“Sebab tu ke abang terima Mairah?” soal Umairah kembali.

“Nope.. it cause I love you, I want you.. only you sayang,” bisik Aidil lembut di telinga Umairah meyakinkan isterinya tentang kasih, sayang dan cinta yang telah bercambah di dalam hatinya.

“Kita bina hidup baru okey, Mairah sanggup terima abang tak?” soal Aidil. Umairah memandang wajah suaminya memastikan kebenaran seusai itu Umairah segera bangun dari pembaringannya. Aidil sudah terkejut melihat reaksi Umairah.

“Sayang?”

“Mairah nak kemas balik baju dalam beg tu masuk dalam almari,” jelas Umairah. Aidil tersenyum lantas menarik tangan Umairah serentak itu isterinya sudah berada dalam dakapanya.

“Semua tu boleh buat nanti sekarang ni masa abang nak tuntut hak abang kat sayang. Ruginya abang buang masa selama ni,” bisik Aidil nakal. Umairah membesarkan matanya kemudian melihat wajah nakal milik Aidil membuatkan Umairah merelakan segalanya. Andai ini kisah di penghujungnya, aku rela untuk derita terlebih dahulu. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang merasai kebahagiaan ini. Aku pasrah andai inilah takdir yang tersirat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience