Bab 3

Romance Series 15876

Bab 3

Umairah duduk di sofa berhadapan dengan majah Mak Long, Pak long dan juga Aidil. Dirinya hanya diam membisu dan mendengar segalanya sahaja.

“Ibu tak setuju Aidil, kamu dah ada isteri kenapa gatal nak kahwin lain. Ingat senang nak beristeri dua ke hah???,” marah Datin Khatijah, manakala Dato Khairul senang menjadi pemerhati sahaja.

“Ibu tak boleh nak halang Aidil sekarang cukuplah pengorbanan Aidil selama ni. Sekarang bagi Aidil nak bahagia dengan Salina. Aidil dengan dia dah lama cadang nak berkahwin sebelum perempuan ni muncul lagi,” Aidil sudah menggunakan ton yang tinggi.

“Nope ibu tak setuju. Kamu ni dengan Mairah pun tak terjaga lagi nak mengada. Ibu tak setuju faham!!!!”

“Umairah setuju kalau abang Aidil nak berkahwin lagi. Abang Aidil dah pernah bincang dengan Mairah pasal hal ni. Ibu benarkanlah abang kahwin lagi,” Umairah memandang wajah Datin Khatijah dengan senyuman yang tawar. Semua mata memandang dirinya.

“Apa yang kamu cakap ni Mairah, ibu tak suka faham dan ibu takkan setuju,” marah Datin Khatijah. Umairah melangkah perlahan kearah mak mertuanya dan melutut lemah.

“Mairah merayu ibu, cukuplah abang dah hidup susah sebab Mairah. Bagilah abang rasa hidup bahagia. Mairah tak pernah merayu pada ibu tapi kali ni Mairah merayu sangat,” Datin Khatijah memandang wajah Umairah yang suci itu lantas air matanya mengalir perlahan dan mengangguk kepalanya lemah. Aidil sudah tersenyum senang.

“Ibu nak kedua-dua menantu ibu duduk dalam rumah ni faham, no excuse kalau tak perkahwinan ni takkan berlangsung.” Umairah hanya tersenyum kelat mampukah dia hidup sebumbung dengan madunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience