Bab 5

Romance Series 15876

Bab 5

Hampir sebulan segalanya berlaku. Umairah melihat hubungan Aidil dan Salina sedikit renggang adakah kerana dirinya??? Umairah hanya mengeluh kecil. Kandungannya sudah berusia empat bulan. Perubahan perutnya sudah kelihatan membonjol sedikit. Umairah mengusap perlahan. Dia sayangkan janin itu biarlah mungkin ini sahaja harta yang dia ada.

Umairah menurun tangga perlahan-lahan hari ini morning sickness di rasakan teruk sedikit. Umairah memejam celikkan matanya bila terasa dunianya berpusing. Lagi empat anak tangga sahaja lagi. Satu tolakan di belakang membuatkan Umairah hilang imbangan dirinya dan tanpa di duga Umairah jatuh terduduk. Hentakan itu membuatkan Umairah memegang pinggangnya yang terasa sakit.

“Lain kali turun tu laju sikit jangan nak macam orang tak makan sebulan. Menyusahkan orang nak lalu je tahu tak!” Salina menjerkah sambil berlalu pergi. Kebetulan waktu itu Mak Limah pembantu rumah melihat lantas membantu Umairah yang masih terduduk di anak tangga.

“La kenapa yang kau duduk kat tangga ni menghalang jalan orang je ni?” soal Aidil dengan suara yang lantang.

“Aidil..”

“Tak saya duduk kejap,” balas Umairah mematikan bicara Mak Limah dari membongkar hal sebenarnya.

“Kalau nak duduk bukan kat tangga tahu,” tegur Aidil sambil melangkah pergi ke dapur. Mak Limah membantu Umairah bangun.

“Mak Limah simpan je hal tadi. Salina tak sengaja tu. Jangan bagi tahu sesiapa ke Mak Limah. Saya pergi kelas dulu,” tangan tua itu di capai dan di cium lembut. Usapan lembut mengenai rambutnya. Umairah memberikan senyuman kecil dan melangkah pergi.

Baru beberapa langkah Umairah mengusap pinggangnya yang terasa bisa. Kemungkinan akibat hentakan itu yang menyebabkan Umairah kesakitan yang mencucuk perutnya kala ini. Kakinya terasa lemah bagaikan tidak kuat menampung tubuhnya.

Aidil yang baru keluar dari dapur terkonco-konco mahu ke pejabat cepat. Tanpa di sengaja terlanggar tubuh Umairah yang berdiri di hadapannya. Umairah yang tak bersedia sudah tersembam dan perutnya terkena bucu meja.

“Eah kau ni kenapa berdiri dekat tengah jalan hah pagi-pagi buta tak tahu ke orang nak ke pejabat cepat.” Marah Aidil keras. Umairah sudah menyentuh perutya dan sesekali pinggangnya yang terasa sakit. Nafasnya bagaikan tercungap-cungap melawan kesakitan yang di rasai kini.

“Ya Allah,” ucap Umairah perlahan air matanya mengalir perlahan kerana kesakitan yang di rasainya kini.

“Kau jangan nak buat drma kat sini faham. Aku dah lambat nak pergi kerja ni!!” Aidil terus melangkah keluar dari rumah tanpa menghirau keadaan Umairah.

Umairah tahu dia tidak perlu mengharapkan sesiapa lagi ketika ini. Dengan tenaga yang ada tidak seberapa dia cuba untuk bangun. Tapi malang tubuhnya benar-benar lemah dengan kesakitan yang di rasai kini. Tangisannya mula kedengaran melawan kesakitan yang di rasai. Ibu dan bapa mertuanya keluar negara untuk beberapa hari.

Mak Limah yang mendengar tangisan Umairah lantas mendapatkan Umairah. Terkejut melihat Umairah yang terbaring sambil menangis menahan kesakitan.

“Ya Allah kenapa ni Mairah?” soal Mak Limah mendapatkan Umairah. Mak Limah menjerit kecil melihat darah yang berada di mozek.

“Sakit Mak Limah, tolong saya.. teksi.. cepat Mak Limah,” perlahan kedengaran suara Umairah sambil mengetap bibirnya. Mak Limah berlari ke luar memanggil orang untuk membantu.
Aidil berlari melangkah masuk apabila di beritahu mengenai diri Umairah. Melihat Umairah yang terbaring meringkuk lantas di halakan kaki ke arah wanita itu. Aidil memangku tubuh Umairah terkejut melihat wajah itu pucat lesi dengan berpeluh. Darah yang terdapat di mozek menakutkan dirinya.

“Mairah are you okey?” soal Aidil cemas. Umairah memejam matanya melawan sakit yang makin mendatang.

“To…long se..lama..tkan a..nak sa…ya. Sa..ya me..rayu…,” Umairah berbicara perlahan lemah bagaikan tiada tenaga lagi. Sekejap segalanya sudah menjadi gelap gelita. Aidil lantas mencempung tubuh Umairah dan berlari ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience