BAB 4

Romance Completed 751

Syafira dan Fitri sedang menuju ke sebuah kedai berlian di pusat beli
belah. Mereka akan memilih sendiri cincin pernikahan pilihan mereka.

Syafira cuba menyarung sebentuk cincin yang disarankan oleh tunangnya.
Cincin berlian bertahtakan emas putih itu bertambah serinya apabila
dikenakan di jari manis gadis itu.

“Makan hatilah I lepas ni, sayang!” ujar Fitri selepas mereka bersetuju
untuk membeli cincin itu sebagai cincin pernikahan.

“Kenapa pulak?” Syafira agak hairan dengan kata-kata tunangnya itu.

“Yalah. You ni kan cantik, tak lama lagi you akan jadi isteri I. I
jealous tau ramai lelaki kat luar tu asyik tengok you aje. Untung I
dapat isteri cantik macam you, tapi rugilah I sebab lelaki ramai jugak
yang berkenan kat you. Kalau I salah sikit je, mesti you terlepaslah
dari I,”

Syafira tergelak mendengar kata-kata Fitri. Dia tidak menyangka tunangnya
itu seorang yang cemburu. Selama ini, hubungan mereka hanya dari jarak
jauh saja. Baru beberapa bulan ini, Fitri pulang ke Malaysia untuk
mengurus pernikahan mereka. Dan selepas mereka berkahwin, Syafira akan
menetap di Paris bersama Fitri.

Syafira segera membelai wajah lelaki itu dan mencubit-cubit pipinya.

“Apalah you ni? Ke situ pulak you fikir? Anyway dear, I sayang you.
Bukannya I sayang pun lelaki yang tengok I kat luar tu. Yang penting I
cantik pada you kan. Lagipun, you tu apa kurangnya. Ramai girls dekat
ofis you tu asyik tergedik-gedik depan bilik kerja you kan, duk tayang
muka. You tu pun handsome jugak, I pun makan hati. Isn’t fair, darling?”

Fitri menarik tangan gadis itu menghampirinya. “So, kira ni
balas-balaslah ni. Lepas ni I operate muka I biar hodoh,”ujar lelaki itu.

“Ewww, tak nak lah. Kalau macam tu, I pun cabut tinggalkan you tau,”

“Amboi, suka-suka dia aje eh. Dah, jom. Kita lunch dulu, lepas tu kita
ke butik tempah baju,”

Syafira dan Fitri memasuki sebuah restoran di tingkat 4 pusat beli-belah
itu. Mereka mengambil tempat duduk di meja makan paling hujung restoran.

“I nak pergi gents kejap. You order dulu apa-apa ok,”

Fitri beredar menuju ke tandas. Sementara itu, Syafira memesan spageti dan
jus tembikai untuk mereka berdua.

“Sorry, bro.” Ujar Fitri sebaik memasuki tandas dan hampir berlanggar
dengan Darween yang ketika itu baru saja hendak keluar dari situ.

“Never mind. It’s ok,” Darween terus melangkah keluar. Tanpa dia sedari,
wallet kulit miliknya terjatuh ke di lantai tandas.

“Bro, wallet kau ke tu?” soal Fitri lalu menunjukkan wallet yang
terjatuh di atas lantai.

“Ya, it’s mine. Terima kasih,”

Darween melangkah keluar dari tandas. Dia sedang menuju ke meja makan
Hayra . Mereka sedang makan tengahari bersama di restoran itu. Langkahnya
terhenti apabila dia melihat Syafira berada di restoran itu.

Dengan penuh yakin, lelaki itu menghampiri meja Syafira . Gadis yang sedang
menanti tunangnya itu tidak sedar adanya Darween di situ.

“Syafira ,” Darween menegur. Alangkah terkejutnya Syafira sebaik mengangkat
muka, kelihatan Darween dihadapannya. Rasa sakit hati yang selama 5 tahun
dikuburkan, kini menyemarak lagi. Kebenciannya terhadap lelaki itu jelas
keliahtan di matanya.

“What are you doing here? Get lost!” usir Syafira .

“I need to talk to you. Saya perlu jelaskan semuanya,” balas lelaki
itu lalu duduk di sebelahnya. Syafira terus bangun dari kerusi dan
memrahai lelaki itu.

“Tak ada apa yang perlu awak jelaskan! Pergi dan jangan muncul depan
saya lagi. I hate you!” bentak Syafira . Suaranya yang agak keras
didengari semua pelanggan di restoran itu. Hayra yang melihat kejadian
itu, terus menemui Darween dan Syafira .

“I need...,” Belum sempat Darween menghabiskan kata-kata, Hayra menegur.

“Dear. Kenapa ni? Who’s this?” soalnya sebaik melihat Syafira .

“Oh, jadi perempuan ni lah yang buatkan kau jadi macam dulu. Patutlah,”
panats Syafira menerjah pertanyaan Hayra dengan selamba.

“Eh! Kau ni siapa? Jangan biadab eh,” bentaK Hayra pula. “Dear, siapa
perempuan ni?” soal Hayra lagi.

“Kau orang berdua tolong pergi dari sini!” bentak Syafira . Gadis ayu itu
semakin hilang kawalan diri.

“Kau siapa nak halau kami? Ini tempat umum,” balas Hayra yang masih
tidak tahu masalah antara mereka.

Fitri tiba di meja. “Apahal ni?” soalnya kepada Syafira .

Syafira segera menarik tunangnya keluar dari restoran. Tanpa mengendahkan
Hayra , Darween terus mengejar mereka hingga ke luar restoran.

“Syafira , please dengar dulu. I need to explain everything,” rayu Darween .
Fitri yang mula hilang kesabaran, menghalangi Darween dari terus mengikuti
mereka. “Bro, jangan macam ni lah. Jangan paksa dia,”

“Kau diam! Ini bukan urusan kau!” bentak Darween .

“Kau yang diam! Apahal kau ni kejar-kejar tunang aku! Tak ada perempuan
lain ke?”

Darween terkejut mendengar kata-kata Fitri. Syafira tidak berkata sepatah
pun. Dia hanya berdiam kerana dfia sendiri tidak mahu bercakap dengan
lelaki yang pernah menyakiti hatinya. Dia hanya membiarkan Fitri yang
menyelesaikan masalah antara mereka walaupun lelaki itu tidak pernah
tahu apa masalah mereka berdua.

“Tunang kau?” Darween kecewa dengan pengakuan itu. Dia masih berharap
Syafira tidak akan melupakannya. Tapi, harapannya kosong kerana kini Syafira
sudah bertunang dengan lelaki yang berada di hadapannya itu.

Fitri terus membawa Syafira beredar dari pusat beli-belah itu. Se karang,
Fitri yang berasa risau tentang tunangnya.

“Siapa dia?” soal Fitri sebaik mereka masuk ke dalam kereta. Syafira masih
berdiam dan tidak menjawab.

“I tanya you, siapa dia?” Fitri mengulangi pertanyaannya. Syafira
tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak mahu lagi
mengakui pernah berhubungan dengan Darween kerana dia terlalu sakit hati
dengan lelaki itu.

“Who is he?!” Kali ini Fitri membentak.

“Dia...my ex...ex fiancee,” jawab Syafira perlahan. Suaranya tenggelam
dan hampir tidak kedengaran.

“Why don’t you tell me you ada bekas tunang?”

“I sendiri tak nak ingat lagi yang I pernah bertunang dengan dia. I
hate him,”

“Apa maksud you?”

Syafira bersedia menceritakan kisah hubungannya dengan Darween 5 tahun yang
lalu kepada tunangnya. Meskipun berat, dia cuba untuk mengungkap kembali
kisah masa lalunya yang sangat menyakitkan hati.

“Kami saling mencintai dulu. Kami dah nak kahwin pun. But...” Syafira
mulai menangis. Air matanya yang sudah dihapuskan bertahun-tahun lalu,
kini mencurah kembali.

“But what?”

“Pagi sebelum majlis nikah tu, I tengah bersiap dalam bilik solekan kat
rumah dia. Then, mak andam I nampak dia bawa beg pakaian keluar rumah.
I kejar dia sampai luar rumah,”

“Then, what happened?”

“Dia batalkan perkahwinan and tinggalkan I. I tak tahu kenapa dia buat
macam tu. Dia kata dia tak cintakan I padahal baru malam tu dia cakap
dia akan jaga I, sayang I sampai mati. Dan dia tak sabar nak tunggu
ijabkabul esoknya. But, suddenly... that thing happened. Dia hina I,
dia kata I perempuan murahan sebab kejar orang yang dah tak nak dekat I,”

Darween bersimpati dengan kejadian yang menimpa tunangnya. Dia sama sekali
tidak menyangka gadis yang berada di sisinya ini pernah mengalami
peristiwa sedih seperti itu.

Tangannya pantas mengusap air mata yang masih berjuraian di pipi Syafira .
Syafira bersuara, “I’m sorry. I bukan... tak nak cerita pada you. It’s
just...”

“Shhh,” Fitri meletakkan jari telunjuknya di bibir gadis itu. Lelaki itu
memandang tepat ke dalam mata bakal isterinya itu. Syafira tidak dapat
menahan sebak. Dan terus mendakap tubuh lelaki di sampingnya itu.

“I takkan biarkan you rasa macam tu lagi. I really love you and I’m not
going to let it happen again,” Fitri berjanji kepada Syafira . “Mulai hari
ni, dia masa lalu you. And I tak nak you ingat dia lagi. You milik I,
from now until we die,” janjinya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience