Syafira melangkah keluar dari rumah Hana. Dia sudah lama tidak mengunjungi
wanita itu. Dia ke sana untuk memaklumkan tentang pernikahannya dengan
Fitri esok. Sekali gus menjemput wanita itu.
“Syafira ,” Kedengaran suara Darween menegurnya. Lelaki itu berada di luar
rumah. Syafira termangu melihat lelaki itu.
“Buat apa datang sini? Dah bertahun tak balik, apasal balik pulak? Aku
ni bukan mak kau kan,” Hana menengking anaknya itu. Rasa sakit hatinya
terhadap Darween masih menular dan semakin berbisa sebaik melihat
kepulangan anaknya. Meskipun hati seorang ibu merindui kepulangan
anaknya, tapi rasa malunya terhadap keluarga Syafira terlalu besar kerana
tindakan Darween 5 tahun yang lalu.
“Mama, ampunkan Darween . Darween ada alasan buat semua ni. Syafira , maafkan
saya,” pinta Darween sambil melutut di hadapan dua orang perempuan yang
sangat dicintainya.
Hana terus meninggalkan Darween di luar bersama Syafira . Dia masuk ke dalam
dan menghempas kuat pintu.
“Just go. No one need you,” ujar Syafira . Dia terus melangkah menuju ke
keretanya.
“Saya cintakan awak dari dulu. Dan saya tak pernah lupakan awak. Tapi
sekarang awak dah bertunang. Saya ikhlas lepaskan awak,” Kata-kata
lelaki itu menghentikan langkah Syafira .
“Saya nak balik. Dah selesai cakap?”
“Saya faham kalau awak sakit hati dengan saya. Tapi saya harap awak nak
dengar penjelasan saya,”
Syafira tidak mengendahkan kata-kata Darween . Dia terus memandu kereta
menuju ke rumahnya. Dia perlu bersiap-siap untuk majlis pernikahannya esok.
Share this novel