Peristiwaitu masih membayangi Darween . Dia sangat merindui Syafira . Namun,
dia terpaksa bertunang dengan Hayra malam tadi dengan hati yang berat.
Telefonnya berdering lagi tetapi tidak dijawab. Tidak lama kemudian,
satu pesanan masuk ke peti mesej telefon bimbitnya.
Aku tahu kau sakit hati. Tapi ingat kau sekarang tunang anak aku. Kau
kena pentingkan dia. Kalau dia sampai sakit hati, kau akan menyesal !
Darween segera mematikan telefon bimbitnya. Dia berjanji dia akan menebus
kesalahannya terhadap Syafira suatu hari nanti.
5 Tahun kemudian...
Syafira sedang menyiapkan kerjanya di pejabat. Banyak kerja yang perlu
disiapkannya sebelum pulang ke rumah hari ini. Tiba-tiba pintu
pejabatnya diketuk. Fitri yang berada di muka pintu. Dia tersenyum
sebaik Syafira memandangnya.
“I ganggu you ke?”
Syafira menggeleng. “Masuklah,” pelawa gadis itu.
“Tak keluar lunch ke?” tanya lelaki berkulit putih itu. Fitri, seorang
lelaki kacukan Belanda dan Melayu itu sangat bergaya dan memikat
mana-mana gadis pun yang mengenalinya.
“Tengoklah ni,” balas Syafira sambil mengangkat beberapa helai kertas
kerja yang sedang disiapkan. “Banyak lagi ni kena siapkan. You pergi
sorang-sorang ok kan?”
“You anak pemilik syarikat. Apasal busy sangat. Tak lama lagi kita
akan kahwin. I tak nak lah you busy sangat nanti I yang diabaikan pulak,”
“I know, tapi I memang busy sangat ni. Ha, kalau tak, you belikan I
food then kita makan sama-sama kat ofis I, nak?”
“Alright.”
Fitri terus bangkit dan beredar dari situ. Syafira menyambung pekerjaanya.
Gadis muda yang rajin bekerja itu memang menjadi ikon di pejabatnya.
Tambahan pula, dia merupakan anak pemilik syarikat tempatnya bekerja.
Sudah hampir 5 tahun Syafira bertunang dengan Fitri. Dan mereka merancang
untuk bernikah bulan hadapan.
Share this novel