BAB 6

Romance Completed 751

Syafira sudah cantik berpakaian baju pengantin. Fitri juga sudah bersiap di
rumahnya. Mereka akan menuju ke masjid dengan tiga kereta. Tiba-tiba,
telefon bimbit Syafira berdering ketika mereka sedang dalam perjalanan ke
masjid. Syafira berada di kereta paling belakang manakala Fitri berada di
kereta yang pertama.

“Hello, Syafira . Syafira kat mana ni?” Kedengaran suara Hana yang cemas.
Hatinya serta-merta tidak tenang.

“Syafira on the way to masjid. Kejap lagi nak akad nikah. Kenapa mama?”

“Maaf mama ganggu kamu. Darween ...Darween kat hospital sekarang. Dia
accident teruk,”

“What?!”

Syafira tersentak. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakan
Hana.

“Mama, Syafira datang sekarang. Mama tunggu,”

Gadis itu terus menghubungi Fitri dan memberitahu bahawa Darween berada di
hospital. Fitri pada mulanya tidak mengizinkan bakal isterinya untuk
menemui Fitri tetapi setelah Syafira merayu berkali-kali, akhirnya Fitri
memberi izin. Dia juga turut mengikuti Syafira ke hospital.

Setibanya di sana, mereka semua terus menuju ke wad kecemasan apabila
seorang misi memberitahu tempat Darween dirawat. Kelihatan Hana dan Hayra
sedang menunggu Darween diluar wad kecemasan.

“Mama!” panggil Syafira .

Hana terus memeluk Syafira sebaik melihat gadis itu tiba. Air matanya
bergenangan. Tidak lama selepas itu, seorang doktor keluar dari wad
kecemasan.

“Doktor?”

“Maafkan saya. Ajalnya sudah sampai. Saya tidak dapat menyelamatkan dia,”

Syafira terduduk di kerusi. Dia tidak dapat sempat menemui Darween sebelum
ajal lelaki itu. Hana sudah menangis teresak-esak. Syafira tidak dapat
menahan sebak. Dengan berpakaian pengantin dia masuk ke wad kecemasan
untuk bertemu dengan Darween yang sudah terbujur kaku di atas katil.

Dia melihat jenazah lelaki itu sudah dilitupi kain putih. Dia menyelak
kain itu dan melihat wajah Darween yang sangat dirinduinya. Seorang
jururawat datang menghampiri Syafira lalu menghulurkan sepucuk surat
berwarna biru muda kepada gadis itu. Tertulis nama Dayan di atas surat itu.

“Kami temui surat ini dari dalam saku seluar beliau,” ujar misi itu.

Dia membuka lipatan surat itu dan membaca isinya. Semua orang di situ
turut membaca surat itu. Termasuk Fitri.

*Syafira ...*

*Saya takkan masuk lagi dalam kehidupan awak lepas ni. Saya akan pergi
jauh dari sini. Saya dah putuskan untuk ke luar negara dan memulakan
kehidupan saya yang baru di sana. Saya sekarang dalam perjalanan nak pos
surat ni pada awak. Mungkin masa awak dapat surat ni, saya dah tak ada
di Malaysia.*

*Saya sayang wak sampai akhir hidup saya. Demi Tuhan, saya tak pernah
cintakan Hayra , wanita yang buat saya tinggalkan awak. Saya dipaksa oleh
ibunya untuk bertunang dengannya. Dan saya terpaksa tinggalkan awak pagi
tu sebab dia dah upah orang depan rumah saya untuk tembak oleh kalau
saya lafaz ijab kabul awak.*

*Saya tak sanggup tengok awak mati Saya terlalu sayangkan awak. Jadi,
saya putuskan untuk tinggalkan awak dengan cara yang kejam supaya awak
tak rasa sakit bila saya pergi. Tapi, saya yang sakit. Saya hidup
menderita sebab buat awak macam tu. Saya cari awak tapi saya selalu
diancam oleh ibu Hayra . Hayra adalah perempuan yang dengan saya masa
saya jumpa wak di restoran tempoh hari.*

*Saya tahu awak akan benci saya. Dan mungkin takkan maafkan saya
langsung. Tapi sebagai pesalah, saya akan tetap minta maaf walaupun awak
takkan maafkan saya. Saya janji saya takkan muncul lagi depan awak. Dan
selamamnya awak akan bahagia dengan tunang awak. I love you till the end
of my life. Selamat tinggal wahai cintaku.*

*
*

*Love, Darween .*

Syafira sekali lagi menangis. Dia merasa sangat menyesal kerana tidak
pernah memberi peluang kepada Darween untuk menerangkan keadaan sebenar.

Hayra yang turut membaca isi surat itu merasa bersalah atas semuanya.
Dia memang mencintai Darween tetapi tidak pernah menyangka ibunya sanggup
membunuh untuk memenujhi keinginannya. Dia terus meminta maaf kepada
Syafira atas apa yang terjadi.

Akadnikah Fitri dan Syafira berjalan lancar. Pengebumian Darween dilakukan
selepas Syafira dan Fitri diijab kabulkan. Syafira kini sah menjadi isteri
kepada Fitri. Dan rasa bencinya kepada Darween sudah padam dengan
pengakuan Darween dari surat itu.

Pasangan pengantin baru itu menghadiri pengebumian Darween . Mereka turut
berduka cita atas kepergian Darween . “Aku janji akan jaga Syafira untuk kau,
Darween ,” bisik Fitri sendirian.
“Aku janji.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience