Dipinggir Pantai Tanjung Sedeli, Darween sedang melayan perasaannya
sendirian. Air mata saja yang menemaninya ketika ini. Kesedihan atas
keputusan yang dibuatnya sangat menganggu emosi lelaki itu. Rasa kecewa
dan kesal masih menghantui dirinya. Kini, dia harus menerima hakikat
bahawa dia sudah menjadi kebencian di mata keluarga Syafira .
Telefon bimbitnya berdering. Hayra yang menelefon. Tlian diputuskan.
Hatinya masih sakit dengan tindakan ibu kepada gadis itu. Kerana mereka,
Darween kini mencoret nama yang buruk di mata keluarga kekasihnya, Syafira .
Darween
mengeluarkan sekeping kad undangan perkahwinan yang tercatat nama
pengantin dengan namanya dan Syafira . Dia mengoyakkan kad itu dan
dicampakkan di balik pokok besar yang tumbuh di pantai itu. Dia tidak
dapat melupakan kekasihnya Syafira yang sengaja dia tinggalkan atas alasan
yang membuatkannya rasa kesal. Bayangan tangis rayuan bakal isterinya
itu masih memenuhi ruang fikirannya.
Share this novel