BAB 2

Romance Completed 751

Malam sebelum pernikahannya dan Syafira , Darween mendapat panggilan daripada Lily , iaitu ibu kepada Hayra , wanita yang sangat dibencinya.

“Saya tak mungkin buat macam tu, aunty. Dan saya takkan pernah buat
macam tu,” tegas Darween ketika dia digesa untuk membatalkan pernikahannya yang tinggal sehari saja dengan Syafira .

“Baiklah kalau kamu berdegil. Tapi jangan menyesal kalau baru seminit
kamu diijab kabul, kamu dah jadi duda,” Lily dengan nada tegas
mengancam lelaki itu.

“Apa maksud aunty ni? Jangan berani buat macam-macam,”

“Kalau kamu tak nak batalkan perkahwinan kamu esok dan tak nak bertunang
dengan Hayra , anak aunty, aunty akan upah orang untuk tembak isteri
kamu esok betul-betul lepas kamu sah ijab kabul,”

Darween sangat terkejut mendengar ancaman Lily . Dia sama sekali tidak
menyangka wanita itu sanggup membunuh untuk memenuhi keinginan anaknya
sendiri.

Lily terus memutuskan talian. Darween menjadi serba salah. Dia tidak
mungkin membiarkan wanita itu membunuh kekasihnya tetapi dia juga tidak
mahu membatalkan pernikahannya.

Pagi itu selepas pengantin perempuan tiba di rumahnya untuk bersiap,
Darween masih tidak tahu untuk membuat keputusan. Syafira sudah menuju ke
bilik solekan untuk bersiap. Sedangkan Darween masih belum bersiap sama
sekali.

Darween menjengah keluar jendela dan melihat beberapa orang lelaki yang
tidak dikenali sedang berdiri memerhati rumahnya dari luar pagar. Dia
mulai risau tentang ancaman Lily semalam.

Dia cuba untuk menghubungi Hayra di bilik solekan tetapi talian tidak
bersambung kerana telefon bimbit gadis itu dimatikan.

Dalam keadaan bersalah, dia mengemas pakaian lalu memasukkannya ke dalam
beg pakaian. Dengan sengaja dia berjalan di hadapan bilik solekan Syafira
supaya gadis itu melihat dia keluar. Apabila salah satu penyolek melihat
Darween beredar, dia terus memberitahu Syafira . Syafira terus mendapatkan
Darween yang sedang menuju ke luar pagar rumah itu.

“Darween , awak nak ke mana ni?” soal Syafira cuba menghalang lelaki itu.

Darween melihat kelibat beberapa lelaki yang sedari tadi memerhatikannya
sedang memberi isyarat. Darween akur dan terpaksa meninggalkan perkahwinannya.

“Maafkan saya. Saya tak nak nikah dengan awak,” Darween bercakap dengan
keras sekali namun hati kecilnya sangat berat untuk melakukannya.

“Apa awak
cakap ni?”

“Saya tak nak nikah dengan awak. Saya tak cintakan awak,” sekali lagi
lelaki itu bertegas.

“Apa awak cakap ni? Kenapa awak amcam ni? Baru semalam awak janji awak
akan jaga saya, sayang saya. Kenapa ni? Apa salah saya?” Syafira mulai
menangis. Dia sangat sedih dan terkejut atas tindakan bakal suaminya itu.

“Jangan buat saya macam ni, Darween . Awak kata awak cintakan saya,”

“No! I said no! Saya baru sedar tadi, kalau saya tak mencintai awak
langsung. Saya tak nak kahwin dengan awak,”

Syafira masih menghalang lelaki itu dari terus pergi. Tangan Darween ditarik
dan tidak dibenarkan untuk beredar. Tangisan gadis yang dicintainya itu
sangat menyakitkan hati Darween namun dia tidak mahu Lily membunuh orang
yang sangat dicintainya.

“Please jangan tinggalkan saya. Kalau saya buat salah, saya minta
maaf. Tolong jangan pergi Darween . Awak kenapa macam ni?” tangis gadis
itu. Kerana tidak sampai hati, Darween terus mengeluarkan kata-kata yang
menyakitkan hati gadis itu agar kepergiannya tidak dirasai Syafira . Darween
menolak Syafira ke belakang dan membentaknya.

“Awak ni tak faham ke? Saya tak cintakan awak. Tak malu ke merayu-rayu
macam ni? Perigi cari timba! Awak nak saya buat apa baru awak faham?”
bentak Darween dengan sangat kasar.

“Kenapa awak macam ni? Saya memang tak faham. Tolonglah jangan
tinggalkan saya,” Syafira terus merayu-rayu tanpa mempedulikan semua orang
di rumah itu sedang memerhatikannya. Ibu Syafira yang cuba menenangkan
anaknya turut tidak diendahkan.

“Awak faham ke tidak yang saya tak cintakan awak. Hati mana boleh
paksa-paksa! Awak ni kan memang dasar perempuan murahan!”

Kata-kata Darween sangat menyakitkan hati Syafira . Dia sangat terkilan
dengan kata-kata itu. Darween sendiri tidak menyangka dia akan
mengeluarkan kata-kata seperti itu kepada orang yang dicintainya.

“Jaga mulut kau!” tengking Maria, ibu Syafira . “Apa salah anak aku pada
kau? Apa yang kau cari sebenarnya?!”

“Tak apa ibu,”

Syafira bersuara. Tapi kali ini, tanigsannya sudah berhenti. Dan nada
suaranya agak serak.

“Saya bukan perempuan murahan. Saya akan buktikan itu pada awak. Kalau
awak...awak nak pergi, pergilah. Saya..saya takkan kejar awak lagi.
Selamat tinggal,”

Syafira terus kembali ke rumah lelaki itu dan duduk sendirian di dalam
bilik solek. Hana, ibu kepada Darween berasa sangat malu atas perbuatan
anaknya.

Darween terus beredar dan meninggalkan rumahnya tanpa bercakap sepatah
pun. Hana memasuki bilik solekan dan mendapatkan Syafira .

“Mama minta maaf, sayang. Mama tak sangka Darween sanggup buat macam tu.
Kamu sendiri kenakl dia mcam mana kan. Mama pun tak faham kenapa semua
ni terjadi,” Hana meminta maaf kepada Syafira kerana berasa sangat malu
kepada gadis itu dan seluruh keluarganya.

Pernikahan yang selama ini dirancang berbulan-bulan akhirnya terbatal
juga tanpa alasan yang munasabah dari Darween .

“It’s ok mama. Tak ada jodoh. So, lepas ni you’re not my mama
anymore,” ujarnya dan dia mulai menangis lagi. Air matanya tidak
tertahan. Hana terus mendakap gadis itu.

“No, sayang. You are still my daughter what ever happened.” Pujuk
Hana. Dia sendiri tidak dapat menahan kesedihan walaupun dia tidak
berada di tempat Syafira . Dia mengusap-usap kepala gadis itu.

“Jangan risau ya. Mama yakin Syafira akan dapat jodoh yang lebih baik dari
anak mama tu. Mama tak sangka dia jadi macam ni. Entah apa dah sampuk
dia. Mama faham kalau lepas ni, kamu nak benci mama sekeluarga pun tak
apa. It’s my fault. Mama sepatutnya cari tahu dulu apa masalah dia
sebelum semua ni terjadi,”

“No, mama. Syafira takkan benci mama. Dayana cuma terlalu sedih atas apa
yang dia buat. Dan apa yang dia cakap tadi. Dia cintakan saya sebelum
ni. Dia takkan benarkan sesiapa pun sakiti saya. Tapi kenapa sekarang
dia yang sakiti saya, ma? Apa salah saya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience