BAB 5

Horror & Thriller Completed 2445

“See, I told you! Kan betul tekaan Nad, dia nak dengan Nad lah ni, Sebab tu ramai yang panggil Nad ni “Baby Whisperer’, elok dah diam sekarang ni.” Ujar Nadrah berasa agak bangga kerana dapat mententeramkan anak saudaranya itu.

“Dah kenapa Kak Sairah tutup muka Hikmet ni. Ala Kak Sairah , lemas nanti Hikmet tau.”Nadrah cuba menyelak kain yang menutup muka anak buahnya itu.

Patutla dia menangis, Nadrah mengomel di dalam hati.

Terpempan Nadrah sebaik sahaja melihat muka bayi di hadapannya.

Ternyata yang dipegang oleh Nadrah itu bukanlah bayi tetapi seketul batu nisan yang bisa bergetar-getar seakan bayi bergerak! Akibat terlalu terkejut,Nadrah mencampak ‘bayi’ yang dikendongnya itu terlepas dari pegangan.

Serta merta Kak Sairah mengangkat mukanya dan memandang Nadrah dengan mata yang merah menyala.

Rambut 'Kak Sairah ' juga sudah mengerbang seakan berang dengan tindakan Nadrah itu.

“Berani kau campak anak aku!”

Dek kerana jeritan ‘Kak Sairah’ yang mengerikan dan kuat hingga mampu memecahkan gegendang telinga, Nadrah pengsan serta merta.

Nadrah terjaga sebaik sahaja merasakan ada yang menepuk lembut pipinya.

Sebaik sahaja matanya terbuka, jelas wajah Kak Sairah dan Abang Norman iaitu suami Kak Sairah di hadapannya.

“Nad, apahal susah sangat nak jawab call, berbelas-belas kali kakak call kau tak jawab? Puas Kak Sairah call malam tadi. Yang kau terkongkang di sini dah kenapa pulak?” soal Kak Sairah dengan wajah yang menyimpan pelbagai persoalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience