BAB 3

Horror & Thriller Completed 2445

Memandangkan rumah mereka hanya dipisahkan dengan dinding maka Adib dapat mendengar dengan jelas bunyi tangisan anak saudara Nadrah, Hikmet.

“Barangkali demam agaknya.” Balas Nadrah acuh tak acuh sambil tangannya ligat membuka tali kasut yang sedikit ketat untuk dileraikan.

“Patutlah nampak mereka keluar tadi” Adib mengangguk-angguk menjawab soalan dalam kepalanya sendiri.

“Okaylah Adib, akak masuk dulu tau.

Kamu pun masuklah, dah malam ni tak elok sorang-sorang kat luar..” Nadrah sudah tidak mengendahkan apa yang dingomel oleh Adib, dia terus masuk kedalam rumah dan menutup daun pintu selepas menitip pesan dan mengucapkan selamat malam pada Adib.

“Aduh gelapnya, apapun tak nampak..” Nadrah menggapai-gapai tangan mencari suis lampu dan sebaik sahaja suis ditekan, keadaan menjadi terang benderang.

Memang kakaknya itu suka memadamkan lampu di bahagian ruang tamu rumah ketika waktu menjengah tengah malam.

Oleh sebab itu Nadrah sudah terbiasa dengan keadaan itu tetapi ini sampai ke bahagian dapur gelap gelita.

Sebelum masuk ke dalam bilik, Nadrah perlu masuk kedalam bilik air terlebih dahulu untuk mencuci kaki dan dia sempat melirik ke arah bilik Kak Sairah iaitu kakaknya yang menyala.

Kedengaran suara Kak Sairah sedang mendodoikan anaknya yang baru sahaja berusia empat bulan.

Kebelakangan ini agak kerap anak kecil itu merengek tidak kira siang atau waktu malam sehingga mengganggu tidurnya.

Mungkin tidak sihat kerana perubahan cuaca.

Nadrah terjaga dari tidur apabila kedengaran suara tangisan yang agak kuat dari bilik Kak Sairah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience