BAB 1

Horror & Thriller Completed 2445

Bunyi sang cengkerik mencicip dna saling bersahutan dengan katak menandakan yang bila-bila masa sahaja lagi hujan akan turun.

Suasana malam itu juga agak berbeza rasanya, sedari tadi bulu roma Nadrah meremang membuatkan langkah Nadrah semakin laju.

Cuma tinggal bebrapa langkah saja lagi sebelum tiba di hadapan rumah kakaknya.

Masuk hari genaplah sebulan dia berkerja sebagai kerani dan berulang alik dari rumah kakaknya ke tempat kerja dengan menaiki bas serta berjalan kaki kerana lokasinya yang dekat dengan stesen bas.

Kalau diikutkan hati, segan sebenarnya Nadrahh menumpang tinggal di rumah orang waima rumah kakak kandung sendiri memandangkan kakaknya itu sudah berumahtangga dan mempunyai bayi kecil yang harus diberika perhatian.

Meskipun kakaknya tidak menghalang malah lebih teruja teruja menyambut kehadiran Nadrah yang dirasa dapat menemani dan diajak berbual lantaran suami kakaknya itu sering saja bekerja di luar kawasan.

Namun bagi Nadrah, kehidupan orang berumah tangga pastinya perlukan privasi.

Sebab itulah Nadrah bertekad untuk mengumpul duit gajinya untuk dijadikan deposit menyewa bilik kecil di kawasan berdekatan pejabatnya kelak.

“Eleh , apakata kakak admit je yang Kak Sairah tu takut tinggal sorang-sorang kat rumah sebab takut ada mahluk halus sakat akak kan? Kak Sairah kan memang sejak dulu takut hantu.” Nadrah sempat mengusik kakaknya tetapi hanya dibalas senyuman oleh Kak Sairah .

Ada-ada sahaja Nadrah ini tetapi Kak Sairah tidak pula mengambil endah kata-kata adiknya itu kerana dia tahu Nadrah memang kuat menyakat orang.

“Kak Sairah tenang je, bukan apa, Nad ni gangster dan susah sangat nak rasa takut, kalau Nad dah ada kat rumah ni,hantu pun lari pasal muka Nad lagi seram dari hantu tu kot.. HA HA HA.” Nadrah menyambung lagi kata-katanya lagipun bukan dia hendak membangga diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience