BAB 4

Horror & Thriller Completed 2445

Nadrah menjangkakan bahawa demam anak buahnya itu semakin teruk dan mahu sahaja dia mencadangkan agar di bawa sahaja ke klinik tetapi ada-ada sahaja alasan Kak Sairah sehingga membuatkan dia tidak mahu lagi mempersoalkan tentang itu.

Tetapi kali ini suara tangisan itu semakin kuat dan lama pula sehingga membuatkan Nadrah tidak dapat lagi melelapkan mata.

Nadrah menggapai-gapai mencari telefon bimbitnya yang selalunya diletakkan di bawah bantal.

Mati.

Nadrah terlupa untuk mengecas telefon bimbitnya terlebih dahulu sebelum tidur kerana terlalu mengantuk.

Nadrah memandang jam dinding yang sudah menunjukkan ke angka tiga pagi.

Dengan keadaan yang masih mengantuk, Nadrah membuat keputusan untuk ke bilik Kak Sairah .

Mana la tahu kakaknya itu memerlukan pertolongannya di kala ini kerana seingatnya suami kakaknya itu tidak pulang malam ini.

Nadrah mendekati bilik Kak Sairah yang sememangnya terkuak.

Nadrah menjengah ke dalam bilik dan kelihatan Kak Sairah masih tenang mendodoi anaknya yang masih terus-terusan menangis.

“Kak Sairah nak Nad tolong apa-apa tak?” tanya Nadrah dibalik pintu bilik dan serta merta Kak Sairah berhenti mendodoi anaknya.

Kak Sairah tidak menjawab tetapi sekadar menggeleng.

“Ala Kak Sairah ni. Malu-malu pulak dengan Nad . Biarlah malam ni Nad tidur dengan baby Hikmet. Mana la tahu kalau-kalau Hikmet diam nanti. Nak manja-manja dengan makcik dia ni.” Nadrah lantas sahaja masuk ke dalam bilik Kak Sairah dan kelihatan Kak Sairah menundukkan kepala dan menghulurkan anaknya kepada Nadrah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience