BAB 7

Horror & Thriller Completed 2445

Kak Sairah menggeleng tanda tidak tahu membuatkan Nadrah termenung.

"Itulah. Lain kali jangan cakap besar.tengok tak pasal-pasal dah ada yang datang."

Nadrah menunduk.Dalam diam dia mengakui salahnya.

Mujur jelmaan itu tidak mengapa-apakannya.

"Tulah, lepas ni jangan suka berlagak, gebang cakap besar, tengok sekarang siapa yang kena." Ujar Kak Sairah sebelum berdiri untuk menuju ke ruang membasuh pakaian.

"Kak Sairah jangan risau, sekarang Nad dah tak takut pun.."

"Boleh percaya ke ni?" tanya Kak Sairah dengan senyuman penuh makna namun disambut dengan sengihan senyum kambing oleh Nadrah.

Kelibat Kak Sairah sudah hilang dari pandangan.

Nadrah menyandarkan tubuhnya seketika sambil matanya melilau di sekeliling cuba mengingati apa yang harus dilakukannya seketika kemudian dia menepuk dahinya kerana dek terlupa membuka tingkap.

Nadrah bingkas bangun, menyelak langsir lalu menyimpulkan lebihan langir tadi agar cahaya masuk dan saat itu juga matanya tertancap pada Adib, anak jiran sebelah rumah yang sedang rancak berbual dengan seseorang di depan rumahnya di bawah pepohon mangga yang sedan ranum itu.

Peluk halus menitik di dahinya, darahnya bagai mulai menggelegak seriau.

Berkali-kali Nadrah menggosok kedua-dua matanya dan dia pasti yang orang itu, anak kecil itu adalah kak Sairah dan si kecil Hikmet! Tubuhnya terasa kaku bagai ada yang menahannya daripada bergerak dan seketika kemudian dia terdengar satu bisikan singgah di gegendang telinganya berserta hilaian yang cukup meremang seluruh tubuhnya.

“Sekarang masih takut lagi ke Nad? Ahhhhhhhaaaaa Ihiiiiiiiiii Auuuuuuuu!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience